Post Last Edit by gandawang at 13-11-2010 18:44
Assalamualaikum kepada semua forummers...
Saya seorang yang berkecimpung dalam bidang financial planning ( unit trust, insurance dll ) ( melibatkan marketing dan managing, di mana kami sentiasa deal with people ) yang mana kami sangat terdedah kepada risiko ditipu, dianayai dan diperdaya oleh orang2 yang mengaku sebagai prospects.
Saya ingin berkongsi pengalaman ditipu oleh orang2 yg saya sangka sebagai prospective clients,tetapi sebenarnya tidak.
Pengalaman pertama,saya dan group saya buka booth di Midvalley Megamall untuk mencari new prospects, di mana saya mendapat no. hp prospect dari seorang daripada group members yg menyertai booth tersebut ( dia exchange cards dengan pengunjung di sana ). Kesilapan saya dalam kes ini ialah saya hanya sms dengan prospect ini,untuk set for appointment di mana saya bertujuan untuk close deal dengan prospect ini. Prospect ini ( mengaku sebagai perempuan berkerjaya bernama Nadia) memilih untuk berjumpa di area Dataran Maybank Bangsar pada pukul 8 malam.
Hints penipuan padamulanya sudah ada, apabila saya call prospect ini pada pukul 6:30 pm untukconfirmkan
appointment, di mana seorang lelaki yg menjawab
“ Ni kedai repair hp ni, customer ni belumambil lagi hp ni”
“Perempuan” itutidak pernah menjawab call saya sepanjang sebelum appt itu.
Dipendekkan cerita prospect ni postpone appt hingga pukul 11:30 pm di Dataran Maybank, dan saya berseorangan menunggu untuk berjumpa prospect ni sehingga jam 1 am. ( Sy menunggu dari jam 6:30 pm lagi, menghabiskan masa dan tenaga saya tanpa hasil ).
Apabila saya cl balik, memang lelaki yang menjawab dengan gaya gangster
“ Nadia tu bawah jagaan aku, apasal ko nak kacau dia?!”
Terbukti lelaki itumenyamar sebagai seorang perempuan berkerjaya semata2 untuk menganayai seseorang yang berniat untuk close business deal dengannya. Soalan saya apa faedah yg dia dapat dengan menganayai dan membuang masa orang lain seperti ini? Gila betul orang seperti ini.
Saya sehingga hari ini masih menangguhkan untuk membuat laporan polis ( kalau buat pun termasuk bawah kategori prank cl /public nuisance / lying ), saya pun ragu2 sama ada pihak polis mahu melayanreport polis ini atau tidak. Lagipun saya mempunyai banyak pengalaman close deals yang tidak menjadi di mana prospects menolak secara baik ataupun secara honest ( ini juga menghabiskan masa, tenaga dan wang saya ), tetapi saya amat marah apabila masa, tenaga dan wang saya habis dipermain2kan oleh manusia syaitan seperti ini.
Apa pendapat kalian?Apa yg tindakan yg sebenarnya harus saya ambil, kerana saya masih menyimpan no.hp penipu laknat tersebut.
P/S : Apabila ada masa dan mood saya akan menyambung lagi pengalaman ini… |