CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 385|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 'Ibu terkulai di lengan saya...'

[Copy link]
Post time 22-12-2022 04:09 PM | Show all posts |Read mode

NUR Qaleesya Adilah (kanan) bersama bapa dan dua adiknya menunjukkan gambar arwah ibunya. FOTO Azrul Edham

Seremban: Usianya baru 12 tahun namun kanak-kanak perempuan ini tabah meskipun kehilangan ibu tercinta di pangkuan sendiri dalam kemalangan di Jalan Senawang 2, Kawasan Perusahaan Senawang, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, Nur Qaleesya Adilah Mohamad Nazrul menemani ibunya, Norazmira Abdul Wahab, 32, ke sebuah klinik di Dataran Senawang, selepas wanita itu diserang asma.

Akibat kehilangan ibu, Nur Qaleesya terpaksa membatalkan hasratnya untuk belajar di sekolah agama berasrama kerana terpaksa membantu menguruskan dua lagi adik yang berusia tujuh dan tiga tahun memandangkan bapanya, Mohamad Nazrul Nor Azmir, 39, bekerja sebagai pemandu lori.


Menceritakan detik kejadian, Nur Qaleesya berkata, Allahyarham ibunya mengejutkannya kira-kira jam 4 pagi kerana diserang asma dan meminta supaya menemani ke klinik bagi mendapatkan rawatan.

"Kami menaiki kereta. Ketika tiba di satu selekoh, ibu terlanggar pembahagi jalan dan saya memintanya supaya berhenti, namun ibu macam tak dengar sebelum kereta terbabas sekali lagi ke dalam longkang.

"Ibu terkulai di lengan saya. Pintu kiri tak boleh buka, jadi saya letakkan ibu di kerusi dan keluar sendiri melalui pintu pemandu," katanya ketika ditemui di rumah neneknya di Taman Alamanda, di sini, hari ini.

Menurutnya, pada petang sebelum kejadian, ibunya mengadu sakit geraham kerana baru mencabut gigi ketika dia bersama dua lagi adik berkumpul di rumah saudara mereka di Pinggiran Senawang.

"Ketika di rumah nenek, ibu ada beritahu kepada sepupu saya yang berusia setahun supaya jaga diri elok-elok kerana esok mak long nak tidur lama-lama," katanya.

Nur Qaleesya berkata, dia berhasrat untuk tinggal di asrama kerana mahu berdikari, malah arwah ibunya sempat membantunya mengisi borang kemasukan ke sekolah agama berasrama.

"Buat masa ini saya terpaksa tangguh dulu niat untuk tinggal di asrama kerana perlu bantu uruskan adik-adik," katanya.

Sementara itu, Mohamad Nazrul berkata, ketika kejadian kemalangan itu, dia bekerja dan dalam perjalanan ke Melaka, sebelum dihubungi Nur Qaleesya kira-kira jam 4.30 pagi memaklumkan mereka terbabit kemalangan.

"Qaleesya anak yang tabah kerana sebelum saya tiba di lokasi, paramedik sudah memaklumkan bahawa isteri sudah meninggal dunia kepadanya. Sebagai anak sulung dia mesti kuat di hadapan adik-adiknya," katanya.

Sementara itu, Penaung Persatuan Cakna Rasa Sayang (PCRS) Zulkifli Muhamed berkata, pihaknya cuba mendapatkan bantuan Baitulmal supaya Nur Qaleesya dapat bertemu kaunselor.

"Dari segi luarannya dia nampak tabah dan kuat. Namun dalamannya kita tidak tahu, jadi elok sekiranya diberi kaunseling mengikut keperluan memandangkan ibunya meninggal dia pangkuannya," katanya.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ulai-di-lengan-saya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.178415 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list