CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 246|Reply: 0

[Perak] 239 lokasi cerun di Perak sangat berisiko tinggi

[Copy link]
Post time 19-12-2022 12:16 PM | Show all posts |Read mode

Mohammad Nizar pada sidang media Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, hari ini. - Foto NSTP/L MANIMARAN

IPOH: Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak mengenal pasti 239 daripada 3,431 lokasi cerun di Perak berada dalam kategori sangat berisiko tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air, dan Pengangkutan Awa Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkata tiga laluan juga dikategorikan sangat kritikal iaitu Jalan Tapah-Cameron Highlands (FT059), Jalan Baling-Gerik, Lebuh Raya Timur-Barat (FT004), dan Jalan Simpang Pulai-Blue Valley (FT185).

Katanya, baki lokasi cerun berada dalam empat lagi kategori iaitu 211 lokasi berisiko tinggi, sederhana (642), risiko rendah (777) dan 1,562 lokasi sangat rendah.

Beliau berkata, bagi Jalan Tapah-Cameron Highlands (FT059) di Batang Padang, 128 cerun dikategorikan sangat berisiko tinggi dengan 59 lokasi berisiko tinggi.


Bagi laluan Jalan Baling-Gerik (FT004) di Hulu Perak, terdapat 40 lokasi cerun berisiko sangat tinggi dan 28 berisiko tinggi; manakala bagi Jalan Simpang Pulai-Blue Valley (FT185) di Kinta, terdapat 26 lokasi berisiko sangat tinggi.

Katanya, walaupun terdapat laluan dikategorikan sangat berisiko tinggi mengalami kegagalan cerun, tiada keperluan buat masa ini untuk menutup jalan atau laluan terbabit.

"Setakat ini, hasil pemantauan pihak JKR mendapati masih tiada lokasi di Perak yang berpotensi berlaku tanah runtuh seperti insiden di Batang Kali," katanya pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Yang turut hadir Pengarah JKR Perak, Hamdan Ali.

Mohammad Nizar berkata, bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya, JKR serta pihak konsesi penyelenggaraan jalan Persekutuan dan jalan negeri sentiasa menjalankan penyelenggaraan rutin iaitu rondaan terutamanya di beberapa laluan kritikal.

https://www.bharian.com.my/berit ... gat-berisiko-tinggi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.051534 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list