CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 400|Reply: 0

[Selangor] Frankie, Denti, Grouse bantu kesan mangsa tanah runtuh

[Copy link]
Post time 18-12-2022 02:21 PM | Show all posts |Read mode

Anggota bomba menggunakan anjing pengesan bernama Frankie bagi membantu operasi SAR sembilan mangsa yang masih hilang di lokasi kejadian tanah runtuh. - Foto hsan Bomba

BATANG KALI: Frankie, Denti dan Grouse antara sembilan anjing pengesan (K9) yang digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa yang belum ditemukan dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, di sini, hari ini.

Tiga anjing pengesan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) itu dibawa masuk ke kawasan pencarian bagi membantu operasi pada pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata sebanyak 11 unit anjing pengesan (K9) iaitu enam milik JBPM, empat milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan satu milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) digunakan dalam operasi SAR.

"Penugasan pasukan unit K9 akan digilirkan bagi mengelak anjing berkenaan kepenatan kerana pada hari pertama operasi SAR, ada anjing yang cedera kerana operasi dijalankan sehingga malam.


"Untuk operasi SAR pagi ini, kita tugaskan dahulu tiga anjing K9 milik bomba untuk membantu operasi SAR," katanya.


Pegawai Bomba Unit K-9 Pitiears bersama anjingnya bernama Grouse yang digunakan bagi membantu operasi SAR sembilan mangsa yang masih hilang di lokasi kejadian tanah runtuh. - Foto Bernama

Dalam pada itu, Norazam berkata lapan jengkaut kini berada di lokasi tanah runtuh dan penggunaannya kini dipergiatkan untuk mencari mangsa yang tertimbus di lokasi seorang mangsa ditemui, petang semalam.

"Pada pagi ini, kita menggerakkan lapan unit jengkaut di lokasi mangsa terakhir dijumpai dalam operasi SAR, petang semalam.

"Kerja penggalian ditumpukan di Sektor A (Hill View) dan juga di Sektor C (River Side) dan pada masa ini, kerja mengorek serta mengalihkan tanah sedang dijalankan," katanya dalam sidang media di lokasi, hari ini.

Tambah beliau, pasukan SAR hari ini mendapat bantuan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), dua peralatan untuk mengesan mayat di dalam tanah.

"Kita sudah gerakkan pasukan itu pada jam 9 pagi tadi dan kedua-dua pasukan ditempatkan di Sektor A dan C untuk membantu mengesan lokasi mayat selain mengukur ketebalan tanah runtuhan yang menimbusi mangsa.

"Usaha pencarian diteruskan dan jumlah jengkaut mungkin akan ditambah sekiranya ada keperluan dari semasa ke semasa," katanya.

Mengulas lanjut, kerja penggalian menggunakan jengkaut akan dilakukan secara berhati-hati dan perlahan bagi mengelakkan terkena mayat yang mungkin ada tertimbus di bawah tanah.

"Pada setiap lokasi penggalian, akan ada petugas penyelamat yang akan memantau dan memberikan arahan kepada pengendali jentera jengkaut terbabit," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... mangsa-tanah-runtuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.049437 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list