View: 717|Reply: 1
|
Siaran Program Backstreet Boys Dibatalkan, Nick Carter Nafi Tuduhan Rogol Remaja Bawah Umur
[Copy link]
|
|
Nick Carter menafikan dakwaan merogol remaja bernama Shannon Shay Ruth pada 2001.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, wakil kepada penyanyi itu memberitahu laporan yang dibuat Ruth adalah tidak berasas dan menasihati orang ramai agar jangan mudah percaya terhadap dakwaan tersebut.
IG Nick
Malah, wanita yang kini berusia 38 tahun itu juga dikatakan telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan tidak benar tentang Nick sebelum ini.
"Dakwaan terhadap insiden yang berlaku lebih 20 tahun lalu adalah tidak benar dan secara hukumnya tidak berasas.
"Sudah beberapa tahun Ruth membuat tuduhan palsu terhadap Nick dan setiap tuduhan itu sering bertukar-tukar. Semoga tidak ada yang terpedaya dengan dakwaan tersebut," kata wakil peguam.
IG Nick
Sebelum ini, Ruth menerusi peguamnya membuka fail laporan terhadap Nick atas dakwaan merogol.
Perbuatan terkutuk itu didakwa dilakukan ketika Ruth menghadiri konsert kumpulan Backstret Boys pada tahun 2001.
Susulan laporan yang dibuat juga pihak stesen televisyen ABC telah membatalkan siaran rancangan A Very Backstreet Holiday sepertimana yang dilaporkan Variety.
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Diorg pun kena fitnah pasal kes rogol eh.. ish ish ish |
|
|
|
|
|
|
| |
|