CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8987|Reply: 11

Siswa DKM kecewa diploma belum diiktiraf

[Copy link]
Post time 7-11-2010 05:39 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by kaishi at 7-11-2010 17:44


SEBAGAI seorang pelajar Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) di sebuah institusi pengajian, saya kecewa apabila diploma milik saya masih belum diiktiraf kerajaan.
Lebih menambahkan kekecewaan saya apabila diploma itu di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia.


Bukan itu saja, ada antara institusi yang menawarkan kursus itu ditubuhkan sendiri oleh kerajaan seperti Kolej Kemahiran Tinggi Melaka dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec).

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah mengumumkan untuk mengiktiraf persijilan kemahiran Malaysia ini setaraf dengan aliran akademik pada 23 Disember tahun lalu ketika pembentangan Bajet 2010.



Saya juga difahamkan bahawa sebanyak RM438 juta diperuntukkan untuk Institut Kemahiran Mara (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), selain RM 110 juta untuk pusat latihan kemahiran negeri dan institut latihan terpilih.


Malah, difahamkan, Sijil Kemahiran Malaysia tahap 4 dan ke atas juga akan diiktiraf setaraf dengan aliran akademik.

Bagaimanapun, sehingga kini diploma saya masih belum diiktiraf dan sebagai salah seorang pemegang diploma ini, saya berharap kerajaan dapat membuat kajian terhadap pengiktirafan diploma ini dibuat secepat mungkin seperti yang diumumkan Perdana Menteri.



YANG MENGHARAP
Kuala Lumpur


*kredit to Harian Metro 1/11/2010*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-11-2010 05:41 PM | Show all posts
aku salah seorang pemegang DKM, sebenarnya sangat kecewa dengan benda ni, rasa nak nangis pon ade, berbaloi ke 3 tahun aku belajar kalau betul DKM ni tak diiktiraf?

aku teringat kes2 aku pergi interview sane sini, bawak sijil dari ILP, last2 kene tendang sebab katenye tak diiktiraf.

kalau tak diiktiraf. JTM baru je tambah 1 lagi Adtec yang akan beroperasi Januari nnt, iaitu Adtec Taiping, ape fungsi penambahan lagi Adtec or ILP kalau tak diiktiraf?

Bukan la kemaruk sangat nak kerja kerajaan, tapi ape fungsi???????? ape fungsi tambah tambah dan tambah institut bawah JTM kalau tak diiktiraf?

p/s; aku rasa tertipu pon ade ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2010 06:08 PM | Show all posts
bersabarla...diploma yang saya dapat daripada sebuah U tempatan pun ambik masa bukan main lama untuk di iktiraf....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2010 06:16 PM | Show all posts
Reply 3# KimoraHakim


   mcmane nak bersabar?
ni 2nd diploma saya, 1st diploma saya juga tak diiktiraf, name je HND. mcmane? fffuuhh~ saya dah bazirkan 6 tahun sebenarnya. sangat2 kecewa.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2010 06:23 PM | Show all posts
hmmm entah la..i pun tak erti jugak pasal ni...tapi tu la..kalau nak kerja gomen bagai memang perlukan pengiktirafan ini dan ini...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2010 08:04 PM | Show all posts
Hohohohoho....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2010 08:29 PM | Show all posts
memg x diikitiraf, sbb tujuan dia nak korg kerja dengan swasta,
x salah ak unikl ada subjek dia x diikitiraf gak,
and pernah di jawab dlm forum nie atau kat paper,
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2010 08:33 PM | Show all posts
pastu mcm sijil dan diploma kemahiran nie,
korg xleh smbg belajar ijazah atau diploma kt ipta gak,
pakai korg punya dip/sijil tu,
x salah ak kolej komuniti pun sama gak

p/s: bagus gak buka thread nie, sekurg3nya org thu sblm sbg bljr kt ilp/ikm/ikbn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-11-2010 08:40 PM | Show all posts
Reply 8# B.K


   habis aku dah 3 tahun, dah habis belajar ni baru tahu. kecewa gile
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2010 08:44 PM | Show all posts
Reply 9# kaishi


    ko belajar sbb nak ilmu/kemahiran tu atau pun diploma dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2010 10:17 PM | Show all posts
Reply 10# B.K

huhuu....

aku kejar ilmu, tp aku kecewa bab iktiraf tak iktiraf ni, betol betol betol kecewa. yerlah, belajar, buat loan. alih2, takiktiraf. sebenarnya sangat2 mengecewakan.


tp 1 benda yang aku nak banggakan. kalau pergi interview mane2. budak ILP la paling laju buat kerja. masa aku pergi interview UMT, memang tak dinafikan budak ILP yang datang interview utk 1st stage semua lepas ke 2nd stage, and yang keluar dewan dl masa 1st stage ( computer assembly ) pon budak ILP.


pergi interview 2 tahun lepas, untuk kemasukkan ke Adtec,( sambung dip ) kene buat patch cord, budak2 poli semua tak tahu buat, budak kolej komuniti pon sama, mereka cuma belajar teori.


so, ade kelebihan. kat sini pon, mesin juta2 ada, sama mcm kat kilang, jadi tak berape la kekok sangat2. memang dilahirkan untuk industri,. tp skang ni nak masuk kilang pon kene bersaing dengan mat2 indon dan minah2 bangla. how?


p/s: motif puji sebab hati dah sejok siiiikkkiiitt
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2010 09:42 AM | Show all posts
Tak apa buat masa ni cari kerja di syarikat swasta dulu sebab diorang x pentingkan pon bab sijil diiktiraf atau tidak, pergi interview bawa result sudah dia tak tengok pun sijil tu diiktiraf atau tidak. Tapi kalau nak mohon kerja kerajaan memang x lepas, so sementara nak tunggu sijil diiktiraf boleh la kerja swasta dulu. Banyak juga kolej2 swasta yang diiktiraf sebab x dapat ISO dan LAN, lagi malang sebab diorang dah bayar yuran berpuluh ribu dengan pinjaman LOAN MARA lebih rm30 ribu. Kisah x diiktiraf ni dah lama sejak hujung 90an lagi, masa dulu lagi banyak kolej swasta tumbuh tapi prasarana diorang sangat teruk dan banyak menipu student.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.059922 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list