View: 1179|Reply: 3
|
Kehidupan Makin Harmoni Lepas Kontroversi Keganasan Rumah Tangga, Rizky Dalami Ilmu Agama
[Copy link]
|
|
Selepas terpalit kontroversi keganasan rumah tangga, kehidupan pasangan sensasi Rizky Billar dan Lesti Kejora kini dilihat semakin harmoni dan bahagia.
Melupakan sengketa antara mereka, kedua-duanya kini sudah memaafkan antara satu sama lain dan kembali menjalani hidup bersama keluarga.
IG Rizky
Malah Rizky juga mahu menunaikan hajat untuk membawa isteri bersama ahli keluarga yang lain untuk mengerjakan ibadah umrah pada tahun hadapan.
Dalam masa sama, pelakon ini juga memberitahu dia sedang mendalami ilmu agama sebagai persediaan sebelum berangkat ke Tanah Suci.
“Kami rancang untuk belajar dahulu mendalami ilmu agama sebelum ke umrah.
“Insya Allah akan pergi bersama keluarga. Doakan sahaja semuanya berjalan lancar,” katanya dalam satu temu bual.
IG Lesty
Nama Rizky sebelum ini menjadi sebutan ramai apabila Lesti membuat laporan polis mendakwa dirinya dipukul.
Bagaimanapun selepas beberapa minggu ia diperkatakan, Lesti mengambil keputusan untuk menarik semula kes tersebut dan memaafkan suaminya itu.
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
asalkan berlaki...dapat ciknek...diamlah pompuan dungu ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Itu je lar MO jantan gini. Puihh |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu pak polisi malas layan kes rumahtangga ni
dah dipukul pun terima lagi |
|
|
|
|
|
|
| |
|