CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 254|Reply: 0

[Pulau Pinang] DAP akur PH bekerjasama dengan BN bentuk kerajaan

[Copy link]
Post time 21-11-2022 03:55 PM | Show all posts |Read mode
DAP akur PH bekerjasama dengan BN bentuk kerajaan



Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - November 21, 2022 @ 3:44pm   bhnews@bh.com.my




Guan Eng jelaskan DAP sokong keputusan PH jika bekerjasama dengan BN bagi membentuk kerajaan. FOTO NSTP/MIKAIL ONG




GEORGETOWN: DAP akur dan akan memberi sokongan jika Pakatan Harapan (PH) membuat keputusan mahu membentuk kerajaan perpaduan bersama Barisan Nasional (BN).

Pengerusinya, Lim Guan Eng berkata, pendirian DAP itu dipersetujui mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) sejajar dengan keputusan kepemimpinan tertinggi PH.

"Ia adalah keputusan kita ambil bersama, bukan sahaja dalam mesyuarat CEC. Terpulang kepada pimpinan tertinggi PH. Kita akan sokong keputusan mereka buat.

"Kita sebahagian PH, jadi kalau PH ada dasar itu (bergabung dengan BN) kita bersamalah dengan keputusan PH," katanya ketika ditemui di Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Guan Eng mengulas pertemuan bersama kepimpinan tertinggi PH dengan BN di ibu negara hari ini.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan tertinggi pakatan itu mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi BN diketuai Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan dilaporkan membincangkan pembentukan kerajaan perpaduan.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.117047 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list