CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 323|Reply: 1

[Pulau Pinang] PRU-15: Selesaikan isu harga, sewa rumah terlalu mahal di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 16-11-2022 07:09 PM | Show all posts |Read mode
PRU-15: Selesaikan isu harga, sewa rumah terlalu mahal di Pulau Pinang

Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my





Georgetown: Harga rumah dan sewaan yang tinggi antara isu yang membelenggu penduduk Pulau Pinang ketika ini justeru tidak hairan jika ada yang menjadi miskin bandar di bandar raya ini.

Penduduk Flat Padang Tembak, Tan Hui Ling, 41, berkata terdapat beberapa flat kos rendah di kawasan Air Itam di sini, yang dijual pada harga tinggi dan tidak mampu dimiliki oleh kerani di syarikat swasta sepertinya.

Katanya, selain kos sara hidup yang tinggi di Pulau Pinang, masyarakat juga sudah tidak kisah jika dapat menyewa di unit rumah flat yang tidak selesa atau mempunyai isu seperti lif rosak, kotor dan masalah setempat yang lain.

"Bagi yang mempunyai pekerjaan seperti saya pun sudah tidak mampu beli rumah, bagaimana pula kepada penduduk seperti peniaga kecil?

"Saya sendiri sudah menyewa rumah di sini bersama dua anak sejak tiga tahun lalu dengan bayaran RM660 sebulan. Memang sukar hendak cari rumah sewa yang murah," katanya ketika ditemui.

Sementara itu Nur Hafizah, Zakaria, 39, berkata, dia berharap kerajaan yang dipilih kelak dapat berbuat sesuatu bagi menyelesaikan isu itu.

"Mungkin ada beberapa kaedah yang difikirkan sesuai (oleh kerajaan baharu) kepada golongan berpendapatan rendah. Tidak hairanlah jika ada yang terpaksa catu makan bagi melunaskan sewa rumah setiap bulan," katanya.

Tinjauan Harian Metro di Flat Padang Tembak mendapati kebanyakan penduduk terdiri daripada warga emas dan difahamkan laluan di situ antara yang sering mengalami kesesakan lalu lintas.



Penempatan di Flat Padang Tembak, Air Itam di sini, yang kebanyakannya didiami penyewa golongan berpendapatan rendah dengan kadar sewaan tinggi dan tidak mampu membeli rumah.NSTP/ VIDEO ZUHAINY ZULKIFFLI

Perkara itu diakui Calon Barisan Nasional (BN) Richie Huan Xin Yun mengenai isu perumahan mampu milik dalam kalangan penduduk tempatan.

Katanya, sepanjang menjalankan kempen di sekitar parlimen berkenaan, didapati ada penduduk di perumahan itu yang setiap pagi atau petang menunggu sukarelawan memberi makanan percuma.

"Ini antara yang terkandung dalam akujanji saya sekiranya diberi mandat iaitu akan bekerjasama dengan kerajaan pusat bagi membina lebih banyak rumah berharga kurang RM200,000 bagi golongan berpendapatan rendah.

"Kita juga bercadang bagi mewujudkan dapur asnaf di kawasan ini bagi memastikan tiada penduduk terpaksa berlapar tanpa makanan," katanya ketika ditemui pada sidang media di Jalan Pekeliling Sempadan, Air Itam, di sini, hari ini.

Antara akujanji lain ialah memberi bantuan pendidikan dan bantuan tuisyen kepada murid dari golongan keluarga miskin dan bekerjasama dengan kerajaan pusat bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas.

"Kita juga mahu melakukan pemantauan ketat terhadap pembangunan tidak terancang di lereng bukit dan memperkasa parlimen berkenaan sebagai lokasi tarikan pelancong bertaraf dunia.

"Tinjauan sepanjang berkempen di sekitar Batu Feringghi, didapati lokasi itu sudah tidak meriah seperti dulu dan pelancong juga berkurangan, malah peniaga juga mengadu sukar cari makan," katanya.


Disiarkan pada: November 16, 2022 @ 4:11pm



sumber
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-11-2022 07:10 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.054955 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list