TAJUKCERPEN : AYAH
Seluruhkampung gempar. Seisi penghuni kampung heboh bergendang riuh menyampaikanberita yang paling hangat ini. Lebih hangat daripada berita Mail mengahwiniadik kepada jandanya, bahkan lagi menyengat daripada kisah sensasi Janda Melahyang ditangkap basah dengan seorang pekerja Bangla di hujung kampung. Sejakdari semalam kisah ini tersebar, mulut-mulut orang kampung masih mencicit tidakhenti-henti. Adayang menggeleng-geleng kesal tatkala berita ini mencecah cupingnya, bahkantidak kurang juga yang mengherotkan mulut tanda benci dan meluat dengan beritayang sampai di pendengaran mereka. Dansejak dari semalam, tajuk utama yang menari daripada bibir ke bibir orang kampungadalah : IMAM HASSAN DITANGKAP BERSAMA RATUSAN KEPING VCD PORNO DALAM DAN LUARNEGARA. Dan aku sebagai seorang anaknya yang hanya tinggal berdua dengannyasejak kematian ibuku sedekad yang lalu bermati-matian mengatakan cerita inipaling mengarut dan tidak berasas. Hujah pertama aku adalah, kerana ayahkuadalah seorang Imam, seorang Imam yang sentiasa meletakkan Allah di tempat yangpertama di dalam setiap perlakuannya, dan hujah yang paling kental ialah,sepanjang 25 tahun
aku menghuni duniaini, aku tidak pernah melihat ayah melakukan sesuatu yang berada di luar nilai-nilaikemanusiaan dan agama. Mana mungkin ayah akan tergamak untuk melakukan perkarakeji sedemikian. Tetapi sejak berita penangkapan ayah menikam gegendangtelingaku, hatiku bagaikan tersentap, dicarik oleh seribu satu persoalan yangmenyerbu ke benak. Akal warasku cubamerungkai kesahihan cerita yang sudah tersebar bagaikan ditiup angin taufanitu. Tetapi bukankah ratusan VCD porno yang terselit di dalam bilik Ayah ketikapihak polis menggeledah rumah kami sudah menjadi bukti nyata untuk mendakwa ayah?.Pada malam penangkapan ayah itu, ayah bersendirian di rumah kerana akumendatangi rumah sahabatku di atas urusan peribadi, jadi aku tidak dapatmenggagak bagaimanakah reaksi ayah tatkala tangannya yang tidak pernah lekangmenggentel biji tasbih akhirnya digari umpama seorang penjenayah.
Setelahhampir seminggu ayah menghuni lokap, ayah pulang ditemani Leman, seorang pemudayang agak tampan merangkap buah hatiku sejak 2 tahun yang lalu. Lemanlah yangsenang hati menawarkan bantuan ikhlasnya untuk membayar wang ikat jamin danmenguruskan pembebasan ayah setelah aku memaklumkan kepadanya beritapenangkapan ayah,walaupun sudah dua kali pinangannya sebelum ini ditolakmentah-mentah oleh ayah yang mengganggap Leman tidak cocok untuk menjadisuamiku. Di sebalik keriuhan mulut orang kampung menjaja isu ini, hanya Lemanseorang yang hadir menghulurkan tangan, dan semestinya aku tersangat banggamempunyai buah hati sepertinya. “Ayahmalu” itulah ayat pertama yang tersembul dari celahan bibir ayah setelahseminggu
aku tidak mendengar suaranya.Riak wajahnya yang sugul menggambarkan kegundahan hatinya yang diuji dengandugaan maha hebat ini. Aku kehilangan kata-kata. Segala soalan yang
sebelum ini tidak sabar untuk aku luahkanketika menanti kepulangan ayah sudah terbang entah kemana. “Ayah tak buat perkara gila tu, ayah tak tahu siapa yang mendajalkan ayah,,sekarang macam mana ayah nak berdepan dengan orang kampung? ayah malu..” ayahmeluahkan perasaan yang menyesak di dalam hati. Bola matanya sedikit berkaca.
Leman yang berada disebelahnya hanya mampumengurut lembut bahu ayah, cubamenenangkan kegelisahan ayah, walaupun aku tahu urutan lembut itu tidaksedikitpun memberikan ketenangan kepada ayah saat itu. Sebelum ini, ayah sangattidak berkenan dengan Leman, Kata ayah, Leman tidak mampu menjadi seorang suamiyang baik untuk aku, dan sewaktu pinangan Leman ditolak oleh ayah,
aku hanya mampu diam tanpa sebarang katawalaupun jauh di sudut hatiku aku ingin memberontak dengan sikap ayah yangmenghalang perhubungan kami berdua. Dan hari ini, disebalik kesedihan akudengan dugaan yang menimpa ayah, namun aku berasa lega keranasekurang-kurangnya ayah sudah membenarkan Leman memegang bahunya dan aku dapatmerasakan ini adalah satu petanda yang baik buat aku dan Leman. Semingguberlalu. Sesungguhnya aku dapat merasakan inilah dugaan yang paling hebatpernah singgah dalam hidup ayah. Sejak penangkapan ayah berlaku, pendudukkampung sudah menjatuhkan hukuman kepada ayah walaupun kes ayah masih di dalamsiasatan. Ayah sudah dipulaukan oleh seluruh penduduk kampung yang sebelum inisangat menggagumi ilmu agama yang dimiliki oleh ayah. Ayah tidak dibenarkanmenjadi Imam mereka lagi, dengan alasan mereka tidak sanggup untuk berimamkanseorang yang Fasik. Ceramah agama yang sebelum ini disyarahkan oleh ayah setiapmalam Rabu sudah tidak laku lagi. Dan sejak kejadian itu juga, budak-budak yangsebelum ini tidak pernah lupa untuk mendatangi rumahku setiap hari untukbelajar mengaji juga sudah hilang entah kemana. Pada mulanya, ayah masih tidaksegan untuk ke surau, ayah sanggup memekakkan telinga dengan sindiran dantohmahan yang menyapa telinganya, ayah masih ingin menunaikan tanggunggjawabnyayang sebelum ini sudah berpuluh-puluh tahun terbeban dipundaknya, namun selepasseminggu merasa kepedasan sindiran jemaah surau dan sikap mereka yangseolah-olah ingin memusuhi ayah, akhirnya ayah
akur dengan kehendak mereka yang sudah ingin membuang ayah. Kini,ayahhanya mampu mengajak aku menemaninya bersolat di rumah. Ayah seperti tidaksanggup untuk berhadapan dengan cemuhan demi cemuhan yang begitu menyakitkanperasaan walaupun rasa rindu ayah kepada surau yang menjadi rumah keduanyaselama ini tidak pernah surut. Dansehingga kini, hanya Leman yang tidak jemu-jemu menunjukkan muka memberikansokongan kepada ayah. Aku lihat hubungan mereka bertambah baik. Setiap petangLeman akan singgah di rumahku untuk mengajak ayah berborak. Aku juga dapatmerasakan ayah sudah semakin menyenangi Leman. Dan aku juga mengharapkan semogaayah juga akan menyenangi perhubungan aku dan Leman. Padasuatu malam, seusai kami bersolat berjemaah. Ayah memanggilku ke ruang tamu.Aku yang baru sahaja duduk di meja jahitan bingkas bangun mendekati ayah. Akumenatap wajah tuanya dengan seribu persoalan yang bermain di benak. “Ira, ayah dah fikir panjang. Ayah nak kahwinkan kau dengan Leman.” Aku terpanaseketika menerima perkhabaran yang kukira agak mengejutkan.
Perasaan gembira mula menyeliputi hatiku,namun satu persoalan bergayut di mindaku, kenapa sebegini cepat ayah berubahfikiran?, namun aku mendiamkan diri, menanti ayah menyambung katanya. “Ayah rasa Leman boleh menjaga kau. Lagipun ayah dah tua, esok lusa ayah akantinggalkan dunia ni. Harap-harap Leman boleh menjaga kau kalau ayah dah tiadananti.” Rasasebak mula menggigit tangkai hati. Aku tidak sanggup untuk kehilangan ayah.Badannya yang kelihatan agak kurus kupandang dengan pandangan sayu. Sejakditimpa musibah ini, aku lihat kesihatan ayah mula merosot. Kudrat tuanyaseolah-olah tidak mampu untuk menanggung segala dugaan yang tertakdir untukayah. Segala cemuhan orang kampung yang memanggi ayah sebagai Tok Imam GilaSeks merenggut pergi segala ketabahan ayah yang sebelum ini selaludipertahankan olehnya. Sering kali aku melihat ayah mengesat airmata seusaikami solat berjemaah dan aku tahu airmata itu tanda kelelahan ayah
dengan semua yang berlaku. |