|
“Sekali lagi, bersedia untuk menaikkan nama Portugal ke tahap tertinggi. “Terdapat 26 nama dalam senarai Tuan Fernando Santos dan kami semua dipanggil! Ayuh Portugal,” katanya.
OEIRAS, Portugal: Cristiano Ronaldo melaungkan amaran, ‘sedia membawa Portugal ke tahap tertinggi’ sejurus selepas disenaraikan dalam skuad ke Piala Dunia 2022 di Qatar.
Selepas mengetuai negaranya menjuarai Kejohanan Eropah (Euro) 2016, penyerang Manchester United itu mahu menamatkan karier bola sepak dengan satu lagi kejuaraan besar yang tidak pernah dimiliki.
Berusia 37 tahun, dia yang bakal menjadi pemain kelima beraksi dalam lima edisi Piala Dunia telah memenangi hampir semua gelaran, termasuk Liga Negara-Negara Eropah 2019.
Begitupun, pemenang Ballon d’Or lima kali itu tidak pernah menjuarai Piala Dunia, dan pencapaian terbaiknya membantu Portugal ke separuh akhir 2006 pada penampilan pertama.
“Sekali lagi, bersedia untuk menaikkan nama Portugal ke tahap tertinggi.
“Terdapat 26 nama dalam senarai Tuan Fernando Santos dan kami semua dipanggil! Ayuh Portugal,” katanya.
CRISTIANO Ronaldo akan mengetuai cabaran Portugal di Qatar.
Ronaldo yang membuat penampilan pertama pada 2006 akan menyertai penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon, Lothar Matthaus (Mexico) dan duo Mexico, Antonio Carbajal serta Rafael Marquez beraksi dalam lima Piala Dunia.
Penjaring terbanyak Portugal dengan 117 gol itu bakal dibantu penyerang muda seperti Joao Felix dan Rafael Leao.
Turut mendapat panggilan jurulatih, Fernando Santos adalah pertahanan berusia 39 tahun, Pepe.
Pepe tidak beraksi bersama Porto sejak 4 Oktober lalu akibat kecederaan tetapi dijangka pulih menjelang pertandingan.
Portugal memulakan kempen Kumpulan H menentang Ghana pada 24 November, diikuti Uruguay dan Korea Selatan. – AGENSI
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... eringkat-tertinggi/ |
|