CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 389|Reply: 0

Peminat Argentina tangguh beli rumah demi Messi

[Copy link]
Post time 9-11-2022 02:09 PM | Show all posts |Read mode

Mural gergasi bintang Argentina, Lionel Messi terpampang di bandar Rosario menjelang Piala Dunia 2022. - Foto AFP

BUENOS AIRES: Emiliano Matrangolo, 39, graduan pentadbiran perniagaan di Buenos Aires, mempertaruhkan segala-galanya untuk hadir ke Piala Dunia FIFA di Qatar bagi memberikan sokongan jitu kepada skuad La Albiceleste, salah satu pasukan pilihan utama serta menyorak pemain bintang, Lionel Messi.

"Ia simpanan selama empat tahun, menyimpan sedikit wang setiap bulan bagi memenuhi impian ini. Saya melupakan perkara seperti membeli kereta atau rumah," kata Matrangolo pada majlis barbeku besar-besaran bersama kira-kira 300 peminat Argentina sebelum penerbangan ke Qatar.

"Ia satu impian, ia juga satu kegilaan. Ramai orang berkata lihat, dia membelanjakan wang untuk pergi ke Qatar dan bukannya berusaha menabung untuk membeli rumah," tegas Matrangolo. "Saya pasti (membeli rumah) bagus, tetapi saya akan pergi ke Piala Dunia."

Kejohanan itu, mungkin Piala Dunia terakhir buat Messi yang berusia 35 tahun, bermula tidak sampai dua minggu lagi pada 20 November ini dan peminat dari England hingga Jepun sedang bersiap sedia untuk melakukan perjalanan ke negara Timur Tengah dengan harapan meraikan kejayaan.


Argentina, yang tidak kalah dalam 35 perlawanan berturut-turut serta juara bertahan Copa America tahun lalu, berharap dapat menambah dua kemenangan Piala Dunia pada 1978 dan 1986, yang terakhir menerusi inspirasi genius mendiang legenda Diego Maradona, yang meninggal dunia pada 2020.

"Kami mempunyai Lionel (Messi) di tengah padang dan Diego bermain di syurga," katanya.

Penyokong menyanyi beramai-ramai pada majlis barbeku di Taman Sarmiento Ahad lalu, ramai yang memakai jersi kebangsaan biru-putih, memegang sepanduk atau hadir dengan tatu pemain bintang.

Begitulah keghairahan Argentina terhadap bola sepak, sehingga Piala Dunia kekal menjadi keutamaan bagi sesetengah orang, di sebalik ekonomi yang lembap, inflasi yang mencengkam dianggarkan mencecah 100% tahun ini dan kawalan mata wang yang menaikkan harga perjalanan ke luar negara.

"Malangnya Argentina sedang melalui detik krisis, yang mana harga barang meningkat setiap bulan," kata Jonatan Luna, 32, seorang pekerja yang bekerja sendiri.

"Tetapi pada suatu malam saya duduk berfikir dan memutuskan untuk pergi ke Piala Dunia kerana saya sayangkan pasukan kebangsaan. Saya mengikuti mereka di mana-mana di Argentina. Ia Piala Dunia pertama saya dan saya menitiskan air mata selepas membuat keputusan ini."

Luna sedar mengenai kesan kewangan susulan keputusannya itu.

"Saya sedar apabila saya kembali, saya akan membawa bersama kenangan terindah dalam hidup saya. Tetapi boleh jadi, saya terpaksa menyewa sepanjang hidup tetapi saya tidak peduli, kami perlu pergi untuk menyokong pasukan."

https://www.bharian.com.my/sukan ... li-rumah-demi-messi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.044941 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list