CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 433|Reply: 1

Lima pemain dominasi Piala Dunia

[Copy link]
Post time 8-11-2022 10:40 AM | Show all posts |Read mode

DOHA: Piala Dunia FIFA akan bermula pada 20 November ini di Qatar dengan 32 pasukan bertarung untuk merebut kejuaraan terbesar dalam dunia bola sepak antarabangsa.

Daripada Pele hinggalah Miroslav Klose, berikut adalah lima pemain yang mendominasi Piala Dunia dan berjaya mencuri tumpuan berbanding pemain lain.

Pele (Brazil) -

Edson Arantes do Nascimento, lebih dikenali sebagai Pele, adalah antara pemain paling disegani dalam sejarah bola sepak. Dia membuat penampilan sulung bersama Santos FC pada 1956 ketika berusia 15 tahun menentang Corinthians.



Pemain bergelar 'Black Pearl' itu, yang melakukan penampilan pertama buat pasukan kebangsaan Brazil pada 1957, beraksi dalam empat Piala Dunia FIFA, memenangi tiga daripadanya. Dalam 14 perlawanan dia bermain untuk Brazil pada Piala Dunia, Pele menjaringkan 12 gol, yang meletakkannya di tangga kelima senarai penjaring gol terbanyak.

Pele yang berusia 16 tahun mencuri tumpuan setiap orang sejak Piala Dunia sulungnya (1958) apabila dia merakam hatrik pada separuh akhir sebelum meledak dua gol pada final untuk membantu Brazil menjulang trofi Piala Dunia. Di hujung kariernya, Pele menang tiga Piala Dunia FIFA bersama skuad Selecao, terbanyak berbanding pemain lain.

Diego Maradona (Argentina) -

Terkenal kerana eksploitasinya pada Piala Dunia dan insiden 'Gol Tangan Tuhan', Diego Maradona amat sinonim dengan bola sepak. Ketika bersama pasukan kebangsaan Argentina, Maradona menyertai Piala Dunia 1982, 1986, 1990 dan 1994 dan akhirnya mengumpul lapan gol serta tujuh 'assist'.

Maradona turut mengalami nasib buruk tetapi gol menentang England pada suku akhir Piala Dunia 1986 adalah yang paling kontroversi dan mencetus fenomena 'Tangan Tuhan'. Maradona menjaringkan dua gol menentang England, termasuk satu menggunakan tangannya, yang dianggap pengadil sebagai gol menerusi tandukan dan Argentina memenangi perlawanan itu 2-1 sebelum menjuarai Piala Dunia 1986.

Selepas digantung kerana penggunaan dadah pada 1991 selama 15 bulan, Maradona kembali ke kancah bola sepak antarabangsa sebelum digantung semula selepas diuji positif menjelang aksi pertama kempen Piala Dunia Argentina. Selepas kariernya merudum dan di luar kawalan, legenda Argentina itu menggantung kasut bolanya pada 1997, ketika berusia 37 tahun.

Paolo Rossi (Itali) -

Bekas pemain Juventus dan AC Milan, Paolo Rossi dianggap sebagai seorang daripada penyerang terbaik sepanjang zaman. Pemain Itali itu terkenal dengan keperwiraannya ketika kemenangan pasukan kebangsaannya pada 1982 apabila dia menjaringkan enam gol, memenangi Kasut Emas, namun perjalanan kariernya bagaikan satu kisah dongeng.

Pada 1980, penyerang itu digantung daripada bola sepak kerana pembabitannya dalam perjudian haram tetapi hukumannya dikurangkan kepada dua musim sebelum Juventus menandatanganinya pada 1982 dan dia akhirnya disenaraikan dalam skuad Piala Dunia Itali.

Rossi menjaringkan hatrik menentang Brazil untuk membantu Itali ke separuh akhir sebelum menjaringkan dua gol pada separuh akhir. Pada aksi final, Rossi menjaringkan gol pertama daripada tiga gol menentang Jerman Barat untuk memberikan Itali gelaran Piala Dunia ketiga.

Roberto Baggio (Itali) -

Walaupun dia salah seorang penjaring gol paling menonjol buat Itali, nama Roberto Baggio sering dikaitkan dengan perlawanan akhir Piala Dunia 1994 yang mana dia gagal menyempurnakan penalti terakhir dalam penentuan sepakan penalti menentang Brazil.

Dia menjaringkan 27 gol dalam 56 penampilan untuk Itali dari 1988 hingga 2004 dan juga satu-satunya pemain Itali yang menjaringkan gol dalam tiga edisi Piala Dunia. Baggio bermain perlawanan antarabangsa terakhirnya pada April 2004 ketika perlawanan persahabatan menentang Sepanyol.

Miroslav Klose (Jerman) -

Selepas menyertai empat edisi Piala Dunia FIFA, Miroslav Klose boleh dikategorikan sebagai jaguh Piala Dunia. Digelar 'Salto(somersault)-Klose', dia beraksi dalam 24 perlawanan Piala Dunia dan berada di tempat kedua dalam senarai pemain dengan penampilan terbanyak Piala Dunia di belakang warga senegaranya, Lothar Matthaeus.

Klose menjaringkan 71 gol dalam 137 perlawanan dan adalah penjaring terbanyak sepanjang zaman Jerman. Dengan 16 gol dalam 24 perlawanan, dia juga memegang rekod gol terbanyak dijaringkan pada Piala Dunia. Selepas muncul naib juara (2002) dan ketiga dalam dua lagi edisi Piala Dunia (2006, 2010), Klose akhirnya mengecap kejayaan pada 2014 apabila Die Mannschaft menewaskan Argentina untuk merangkul trofi Piala Dunia.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ominasi-piala-dunia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2022 11:12 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.090726 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list