View: 1210|Reply: 0
|
Banyak jenis ubat titis mata di pasaran jangan salah beli, doktor kongsi tip dan nasihat
[Copy link]
|
|
Banyak jenis ubat titis mata di pasaran jangan salah beli, doktor kongsi tip dan nasihat
Kredit foto: Pexels
UBAT titis mata yang berada di pasaran bermacam jenis. Setiap kali mata berasa letih, kering dan juga berair, ramai yang akan memakai ubat titis mata. Rata-rata ramai pengguna hanya membeli sahaja tanpa mengetahui sesuai atau tidak ubat titis mata itu dengan masalah yang dihadapi.
Setiap jenis ubat titis mata ada kegunaan yang tertentu. Jangan pula terpengaruh dengan cadangan rakan-rakan dengan ubat titis mata yang mereka gunakan. Kadang-kadang tidak semua ubat sesuai dengan semua orang.
SEBENARNYA SEBELUM MENGGUNAKAN SEBARANG JENIS UBAT-UBATAN, ELOK MENCARI INFO TERLEBIH DAHULU. JANGAN ‘ASAL PAKAI’ SAHAJA KERANA JIKA TERSALAH PILIH, KEADAAN YANG ANDA ALAMI BUKANNYA SEMAKIN PULIH TETAPI SEMAKIN TERUK.
Apakah jenis-jenis ubat titis mata yang ada di pasaran:
Pelembab/Pelincir
– Digunakan apabila mata menjadi kering atau rengsa akibat cuaca, penuaan, pengunaan kanta lekap, masuk habuk, dan sebagainya.
– Bahan aktif: hypromellose, propylene glycol dan bahan-bahan lain.
Anti-alahan (anti-inflammatory)
– Digunakan apabila mata menjadi gatal, merah dan bengkak akibat terdedah kepada sesuatu yang menyebabkan alahan.
– Bahan aktif: ketotifen, dexamethasone dan bahan-bahan lain.
Anti-Merah Mata (decongestant)
– Digunakan untuk menghilangkan gejala mata merah, tetapi tidak merawat puncanya.
Sejenis pengecil salur darah (vasoconstrictor).
– Bahan aktif: tetryzoline, naphazoline dan bahan-bahan lain.
Antibiotik dan antikulat
– Digunakan untuk menghapuskan bakteria atau kulat yang menjangkiti mata. Ia perlu digunakan ikut tempoh yang disyorkan.
– Bahan aktif: neomycin, chloramphenicol dan bahan-bahan lain.
Kombinasi
– Ubat titis yang menggabungkan dua atau lebih bahan aktif dari kumpulan berlainan, contohnya antibiotik dan anti-alahan.
– Bahan aktif: dexmethasone + neomycin dan bahan-bahan lain.
Kredit foto: Pexels
Selain itu, terdapat juga ubat titis yang diberi oleh doktor untuk tujuan atau penyakit spesifik, contohnya:
Anti glaukoma
– Digunakan untuk megurangkan penghasilan cecair di dalam bebola mata untuk mengurangkan tekanan di dalamnya.
– Bahan aktif: latanoprost, timolol dan bahan-bahan lain.
Midriatik
– Digunakan untuk mengembangkan bukaan anak mata secara sementara, supaya pemeriksaan mata mudah dijalankan.
– Bahan aktif: tropicamide, atropine dan bahan-bahan lain.
Bagaimana hendak pilih ubat titis mata yang sesuai? Jika tersalah pilih adakah akan berlaku kesan sampingan?
– Ada ubat titis mata yang menyebabkan komplikasi jika digunakan terlalu lama, antaranya ulser mata, kerengsaan, buta, dan sebagainya. Ada juga yang tidak sesuai untuk penghidap penyakit kronik.
Oleh itu, pemilihan ubat titis yang betul amatlah penting. Disarankan, jika ada keraguan atau ketidakpastian, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan. Doktor akan memberikan ubat titis kata yang bersesuaian dengan masalah yang anda alami.
Kredit foto: Unsplash
Tip penjagaan kesihatan mata kesihatan mata:
Ketika membaca
– Pastikan membaca pada jarak antara 30 hingga 40 sentimeter (cm) dari buku ke mata. Jarak yang terlalu dekat akan menyebabkan otot-otot mata menegang untuk memfokus. Hal ini boleh mengakibatkan sakit kepala.
– Posisi badan hendaklah sentiasa tegak. Jangan membaca sambil berbaring. Hal ini akan menyebabkan otot-otot mata terpaksa bekerja lebih untuk menfokus pada bahan bacaan. Mata akan menjadi cepat letih dan tidak dapat bertahan lama untuk membaca.
Elakkan membaca sambil berbaring
– Membaca ketika berada di dalam kenderaan bergerak serta keadaan jalan yang bengkang-bengkok dan berbonggol boleh menyebabkan sakit kepala dan mabuk. Hal ini kerana keupayaan mata untuk memfokus menjadi tidak stabil ketika membaca.
Pencahayaan
– Cahaya yang mencukupi amat penting ketika membaca. Pastikan pencahayaan yang digunakan tidak terlalu malap atau terlalu terang ketika membaca kerana akan mengganggu keselesaan dan kesihatan mata.
Makanan untuk mata
– Pemakanan yang betul memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan mata dan dapat mencegah daripada penyakit mata. Pastikan makanan seharian yang anda ambil sedikit sebanyak dapat memberi nutrisi penting bagi mengekalkan kesihatan mata.
Amalkan makan makanan yang kaya dengan vitamin A & C seperti susu, sayur (terutama lobak dan brokoli) dan buah-buahan (terutama aprikot dan anggur) dan sebagainya.
– Lobak dan tomato telah lama diiktiraf sebagai makanan yang baik untuk mata. Lobak dan tomato telah lama diiktiraf sebagai makanan yang baik untuk mata2
– Lobak dan tomato telah lama diiktiraf sebagai makanan yang baik untuk mata kerana sumber Vitamin A adalah sangat tinggi.
Kredit foto: Pexels
Amalan senaman untuk mata
– Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur melihat pula objek yang lebih jauh, sejauh yang mungkin. Selepas itu lihat semula objek yang berdekatan anda. Ulangi proses ini beberapa kali.
– Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin, berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah. Ulangi proses ini beberapa kali.
– Setelah satu hingga dua jam berada di hadapan komputer, berhenti sekejap, lihat objek berwarna hijau di luar rumah atau pejabat anda, seperti pokok dan sebagainya. Warna hijau akan dapat menenangkan dan merehatkan mata anda.
Pengguna komputer
– Penggunaan komputer dengan cara betul dapat menjamin kesihatan mata yang baik. Beberapa panduan disediakan bagi pengguna komputer iaitu :
– Kedudukan skrin komputer
– Pastikan kedudukan komputer sama paras dengan mata dalam keadaan horizontal dan 30 sentimeter dari mata.
Pencahayaan yang bersesuaian
– Keletihan pada mata akibat penggunaan komputer berlaku apabila terdapat cahaya yang berlebihan dari sumber luar (matahari) dan lampu di dalam rumah atau pejabat. Pastikan pencahayaan di sekeliling komputer separuh lebih malap daripada cahaya lampu yang digunakan di rumah dan pejabat. Gunakan lampu pejabat atau bilik yang mempunyai intensiti yang bersesuaian.
Kurangkan silau- Keletihan mata akibat silau dari sumber cahaya boleh terjadi akibat pembalikan cahaya dari permukaan dinding, skrin komputer dan sebagainya.
– Elakkan penggunaan dinding bilik yang berwarna terang, seperti putih dan gunakan skrin komputer yang mempunyai penapis cahaya.
– Bagi pemakai cermin mata, pastikan kanta anda mempunyai ‘Anti-Reflection Coating’ (multicoating) untuk meminimakan kesan silau pada mata sekaligus mengurangkan stres pada mata.
Berkelip kerap
– Kekurangan kelipan mata akan menyebabkan air mata menyejat dan mengakibatkan mata tidak mempunyai lapisan perlindungan. Fenomena ini disebut mata kering (dry eye).
– Jika perlu, gunakan ‘artificial tears’ untuk membasahkan mata apabila terasa kering dan berpasir. Keadaan mata kering ini boleh menjadi semakin teruk apabila berada dalam bilik atau pejabat yang berhawa dingin.
Rehatkan pandangan
– Setelah otot-otot penglihatan memfokus lama pada skrin komputer, rehatkan otot-otot terbabit dengan cuba memandang objek jauh seketika setiap 20 minit. Ini dapat mengurangkan kesan stres pada bebola mata anda.
Gunakan cermin mata keselamatan
– Sekiranya pekerjaan anda terdedah kepada bahaya dan kecederaan pada mata seperti menggerudi, memesin rumput dan sebagainya, pastikan anda memakai cermin mata keselamatan (safety glasses atau protective goggles) bagi melindungi mata anda daripada bahaya dan kecederaan.
– Memakai cermin mata keselamatan ketika memotong rumput.
Memakai cermin mata hitam
– Cermin mata hitam (sunglasses) ialah cermin mata yang memberikan perlindungan sinaran ultra ungu (Ultra Violet–UV) daripada cahaya matahari. Pastikan anda mendapatkan nasihat daripada optometris ketika memilih cermin mata hitam yang sesuai dengan anda. Cermin mata hitam yang baik adalah yang dapat menapis dan memberi perlindungan sebanyak 99 hingga 100 peratus UVA dan UVB daripada cahaya matahari. Sinaran UV boleh menyebabkan katarak.
– Cermin mata hitam dipakai bagi mengelakkan sinaran matahari cermin mata hitam dipakai bagi mengelakkan sinaran matahari mamasuki mata
Pemeriksaan mata berkala
– Periksa mata sekurang-kurangnya sekali setahun bagi memastikan tahap penglihatan dan kesihatan mata anda sentiasa berada dalam keadaan baik.
– Dapatkan nasihat doktor dengan segera jika anda mempunyai masalah seperti mata merah, kesakitan yang teruk pada mata, penglihatan kabur , benda asing di dalam mata dan kecederaan pada mata.
Baca juga: Kerap guna contact lens dan tonton televisyen punca sindrom mata kering? Ikuti penjelasan pakar
Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, myhealth.gov.my
Kredit foto utama: Pexels
Oleh: Norhasliza Mohd Shafi
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|