CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 325|Reply: 0

[Pulau Pinang] Syerleena di Bukit Bendera, Guan Eng di Bagan

[Copy link]
Post time 30-10-2022 02:16 PM | Show all posts |Read mode
Syerleena di Bukit Bendera, Guan Eng di Bagan


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Oktober 30, 2022 @ 2:10pm  [email protected]







GEORGETOWN: DAP hari ini mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid bertanding di Parlimen Bukit Bendera pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Syerleena adalah calon wanita Melayu kedua DAP diumumkan bertanding di kerusi Parlimen selepas penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari, Young Syefura Othman bakal bertanding di Parlimen Bentong pada PRU15.

Syerleena adalah antara tujuh calon Parlimen DAP di Pulau Pinang yang diumumkan oleh Setiausaha AGung DAP, Anthony Loke hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow tidak mempertahankan Parlimen Tanjong sebaliknya berpindah ke kerusi Parlimen Batu Kawan.

Pengerusi DAP negeri itu memberi laluan kepada Senator Lim Hui Ying yang juga adik perempuan Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng di Parlimen Tanjong.

Kon Yeow yang menyandang kerusi itu bermula 1999 hingga 2013 dan turut pernah memberi laluan kepada Ng Wei Aik pada PRU13 sebelum kembali bertanding di Parlimen Tanjong pada PRU14.

Kon Yew berpindah ke Batu Kawan selepas penyandang kerusi itu Kasthuri Patho umumkan tidak bertanding.

Berdasarkan rekod, Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang pernah memenangi kerusi Parlimen Tanjong selama tiga penggal berturut-turut sejak 1986.

Calon lain yang diumumkan hari ini adalah penyandang kerusi terdiri daripada Guang Eng (Bagan);

Steven Sim (Bukit Mertajam); RSN Rayer (Jelutong) dan Ram Karpal Singh (Bukit Gelugor).

Loke turut mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima Syerleena Abdul Rashid akan bertanding di Parlimen Bukit Bendera.

DAP kekal bertanding tujuh kerusi Parlimen pada PRU15 manakala empat kerusi akan ditandingi calon PKR manakala tiga AMANAH.

Loke berkata, calon melalui proses pemilihan secara konsensus atau persetujuan bersama oleh Jawatankuasa DAP Pulau Pinang dan diterima sebulat suara pada peringkat Jawatankuasa Pemilihan Calon DAP Pusat.

"Jadi saya nak sebut bahawa senarai calon yang kita umum ini adalah satu pasukan yang telah dipersetujui secara konsensus pada peringkat negeri dan pusat .

"Justeru tidak ada sebarang pertikaian, tidak ada sebarang isu apabila saya umumkan calon, saya mahu setiap anggota, setiap ahli DAP menyokong dan mendukung penuh calon kita.

"Tidak ada persoalan sebab ini telah dicapai secara konsensus," katanya pada Majlis Pelancaran Konvoi Harapan PRU15 di Persiaran Karpal Singh, hari ini.




sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.042594 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list