Justin Bieber dan Shawn Mendes dilihat pergi ke gereja yang sama, baru-baru ini.
Menurut laporan TMZ, kedua-dua penyanyi itu dikatakan mahu mencari ketenangan dan merawat masalah kesihatan mental yang dialami.
TMZ
Mereka dilihat menaiki kenderaan sama menuju ke Churchome di Bev Hills. Bagaimanapun, tidak pasti sama ada kedua-duanya menyanyi di dalam gereja atau sebaliknya. Ini kerana, Justin dipercayai pernah menyanyi di situ.
Usai waktu gereja, Shawn dilihat segera ke kenderaan dan meninggalkan kawasan tersebut bersama Justin.
Seperti umum mengetahui, Shawn telah membatalkan konsert jelajah dunia pada Julai lalu berikutan dia mahu meluangkan masa untuk diri sendiri dan kembali kuat di hadapan peminat.
Shawn dan Justin dalam video muzik Monster
Manakala Justin melakukan perkara sama beberapa bulan kemudian. Menurut Justin, kesihatannya lebih penting dan menjadi keutamaannya pada waktu sekarang.
Kedua-dua bintang pop Kanada berusia 20-an itu nampaknya bersandar kepada kepercayaan mereka untuk membantu melalui waktu yang sukar ini.
Rata-rata peminat turut berdoa agar kedua-dua penyanyi itu sembuh dan kembali ‘aktif’ apabila mereka sudah bersedia.
Sumber: OHBulan |