CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 336|Reply: 0

[Pulau Pinang] Mohon Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang 2030 dipamer di banyak lokasi

[Copy link]
Post time 27-10-2022 02:21 PM | Show all posts |Read mode
Mohon Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang 2030 dipamer di banyak lokasi



Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



LIM Mah Hui mengadakan sidang media di pejabat Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Jalan Masjid Negeri di sini. FOTO Mikail Ong




Georgetown: Tindakan Kerajaan Pulau Pinang menerusi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mempamerkan Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang (Pulau) 2030 hanya di dua lokasi di negeri ini amat dikesali.

Lebih mengecewakan apabila draf berkenaan hanya dipamerkan pada waktu pejabat sekali gus dilihat seolah-olah tidak menggalakkan semakan umum.

Ahli Jawatankuasa Penang Forum Dr Lim Mah Hui berkata, pihaknya mengalu-alukan pengumuman MBPP mengenai draf yang dipamerkan selama dua bulan bermula 14 Oktober hingga 13 Disember depan.

"Kami meminta draf itu dipamerkan di lebih banyak lokasi supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat menjalankan jerayawara seperti diamalkan di bandar dan majlis perbandaran lain atau dewan perbandaran yang sekurang-kurangnya lima lokasi di kawasan berpenduduk.

"Orang ramai sudah menunggu selama 14 tahun bagi pameran draf itu dan ia sudah siap serta diluluskan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ketika itu pada 2008," katanya pada sidang media di Pejabat Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Presiden CAP Mohideen Abdul Kader dan aktivis Khoo Salma Nasution.

Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang 2030 adalah yang pertama diumumkan bagi kawasan pulau iaitu 14 tahun sejak kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP mentadbir negeri.

Ia kini dipamerkan di Bangunan Syed Al-Attas, Lebuh Armenian serta di Makerspace, Balik Pulau.

Mah Hui berkata, pihaknya meminta MBPP menyediakan draf terbabit secara percuma dalam talian atau di laman sesawang PBT itu agar boleh dimuat turun atau diakses sepenuhnya dengan mudah oleh penduduk yang tinggal di luar Pulau Pinang.

Katanya, berikutan dokumen itu mengambil masa yang lama untuk dikemukakan, pihaknya meminta lanjutan tempoh empat minggu lagi kerana publisiti yang diberi terlalu singkat.

"Pengumuman draf itu sepatutnya dibuat sebelum tarikh berkenaan, tetapi ia dilakukan seminggu selepas tempoh publisiti, bermakna kita sudah kehilangan tempoh seminggu.

"Malah, pihak berkuasa dan beberapa pihak berkepentingan juga kini sibuk dengan tempoh berkempen untuk pilihan raya umum akan datang," katanya.




Disiarkan pada: Oktober 27, 2022 @ 1:45pm





sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.042494 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list