CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 313|Reply: 0

[Pulau Pinang] Sasar buka 500 cawangan durian crepe dalam tiga tahun

[Copy link]
Post time 25-10-2022 01:41 PM | Show all posts |Read mode
Sasar buka 500 cawangan durian crepe dalam tiga tahun
Oktober 25, 2022 @ 1:36pm


Azirawaty bijak memanfaatkan bantuan AIM untuk terus mengembangkan jenama Royale Marbeles.



Kepala Batas: Alah bisa, tegal biasa. Mungkin peribahasa itu paling sesuai diguna untuk menggambarkan kecekalan wanita ini menempuh liku-liku perniagaan sejak 20 tahun lalu.

Ternyata, pengalaman berniaga selama hampir dua dekad banyak mematangkan Azirawaty Mohd Noor, 48, terutama ketika berdepan pelbagai cabaran dan rintangan dalam dunia berkenaan.

Pernah mengusahakan perniagaan spa, ibu kepada dua cahaya mata itu bagaimanapun memilih untuk 'terjun' ke dalam dunia perniagaan makanan iaitu durian crepe di bawah jenama Royale Marbeles sejak lapan tahun lalu.

Selain durian crepe, Azirawaty yang lebih mesra disapa sebagai Kak Zira berkata, dia turut menghasilkan kuih tart nanas dalam bentuk premium sebagai produk sampingan dan membantu memasarkan produk-produk setempat yang dihasilkan oleh rakan usahawan lain.

"Sebenarnya, apa yang membezakan produk durian crepe kami dengan produk lain di pasaran ialah, kami hanya menggunakan durian asli jenis D24 yang digabungkan dengan ramuan royal custard tersendiri. Durian crepe dan tart nenas kami juga telah mendapat pengiktirafan halal daripada JAKIM.

"Alhamdulillah, setakat ini, produk berkenaan menerima sambutan yang sangat baik dan kini sudah dipasarkan di hampir 30 lokasi, termasuk di beberapa stesen minyak di utara Semenanjung," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Nenek kepada seorang cucu itu memberitahu, ketika ini, dia mampu menghasilkan sehingga 300 pek durian crepe sehari dengan bantuan antara enam hingga lapan orang pekerja selain mempunyai tiga atau empat pembekal durian tetap sepanjang tahun.

"Sasaran kami ialah untuk melihat produk durian crepe berjenama Royale Marbeles ini dikenali di seluruh Semenanjung sebelum dipasarkan hingga ke Sabah Sarawak.

"Pada masa yang sama, kami juga menyasarkan untuk membuka sehingga 500 cawangan yang sah dalam masa tiga tahun ini," katanya sambil menambah, sambutan yang diterima terhadap produk tart nanas juga agak memberangsangkan ketika ini.

Hargai sokongan AIM
Dalam pada itu, Azirawaty yang juga Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sejak hampir sembilan tahun lalu berterima kasih kepada agensi itu kerana banyak membantunya dalam mengembangkan perniagaan hingga ke hari ini.

"Kalau hendak diikutkan, AIM adalah antara agensi (pinjaman kewangan) terawal yang banyak membantu saya dalam memajukan produk dan sebagainya.

"Insya-Allah, Kak Zira akan terus setia bersama Amanah Ikhtiar (AIM) kerana sehingga kini, jumlah pinjaman yang diterima untuk memajukan perniagaan ini telah mencecah RM100,000," katanya.

Dijual dalam bentuk pek atau kotak, Royale Marbeles juga boleh didapati dalam bentuk balang iaitu durian crepe berperisa keju dan durian crepe campuran dalam empat perisa berbeza iaitu blueberry, nutella, oreo dan strawberi pada harga berpatutan.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk keluaran Rasa Ma Cinta Tuah ini, bolehlah menghubungi Azirawaty di talian 013-5018084.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.035165 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list