View: 317|Reply: 0
|
[Kedah]
Juruteknik maut disambar api
[Copy link]
|
|
Gurun: Seorang juruteknik warganegara China maut selepas tubuhnya melecur disambar api dalam kejadian di sebuah kilang besi keluli, di sini kelmarin.
Mangsa, lelaki berusia 45 tahun dan berasal dari Guangdong, China disahkan meninggal dunia oleh doktor jam 8 pagi semalam ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, dalam kejadian jam 3.30 petang itu mangsa bersama dua lagi rakan sedang melakukan kerja untuk menukar penutup relau pembakaran baru.
Menurutnya, siasatan mendapati ketika kejadian, seorang pekerja warganegara Myanmar membuka penutup relau pembakaran lama untuk mendapatkan ukuran bagi penutup baru.
"Pada masa sama, penutup baru diangkat menggunakan jentera angkat susun ke muncung relau pembakaran sebelum berlaku letupan secara tiba-tiba akibat pengeluwapan wap panas.
"Letupan menyebabkan api menyambar tiga pekerja yang juga juruteknik masing-masing dua warga China dan seorang Myanmar," katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, seorang daripada mangsa iaitu lelaki warga China disahkan meninggal dunia semalam manakala rakan senegara melecur siku serta tangan kanan dan seorang lagi iaitu warga Myanmar masih belum diketahui keadaannya.
"Mangsa yang meninggal dunia melecur hampir 80 peratus namun ketika itu dia masih boleh berjalan bersama dua rakan menuju ke bilik air berhampiran untuk mandi bagi menyejukkan badan.
"Bagaimanapun, si mati mengalami sesak nafas tidak lama kemudian dan dia bersama rakan dibawa kakitangan kilang ke sebuah klinik swasta sebelum dikejarkan ke HSAH," katanya.
Zaidy berkata, pemeriksaan mendapati mangsa bebas daripada Covid-19 dan mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-maut-disambar-api |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|