CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 329|Reply: 0

[Pulau Pinang] Aisha kongsi ilmu, dakwah menerusi masakan

[Copy link]
Post time 24-10-2022 05:00 PM | Show all posts |Read mode
Aisha kongsi ilmu, dakwah menerusi masakan



Redzuan Muharam
[email protected]



AISHA Tan menganggap perkongsian video resipi sebagai salah satu caranya berdakwah menerusi makanan. Foto Ihsan Aisha Tan




Georgetown: Pengaruh besar media sosial seperti TikTok tidak disia-siakan wanita mualaf ini, sebaliknya dimanfaatkan sepenuhnya untuk berkongsi ilmu menerusi penyediaan makanan.

Aisha Tan, 32, atau nama sebenarnya, Tan Yan Yin yang menetap di Tanjung Tokong, di sini kerap memuat naik video resipi dan cara penyediaan masakan tradisi masyarakat Cina yang menggunakan bahan halal.

Ibu kepada seorang anak perempuan berusia dua tahun itu tidak menyangka perkongsian mendapat perhatian, sedangkan dia hanya aktif di platform itu pada Ogos lalu.

"Sebenarnya, memasak bukan hobi saya tetapi suami suka makan jadi saya teruja untuk berkongsi resipi masakan Cina dengannya sejak kami berkahwin pada 2018.

"Cuma, kebanyakan masakan Cina di pasaran tidak halal. Oleh kerana teringin makan versi yang halal, maka saya tiada pilihan melainkan masak sendiri.
"Resipi itu saya kongsikan di TikTok dan video pertama yang dimuat naik adalah pada 5 Ogos lalu, namun dalam tempoh dua bulan sahaja sudah ada lebih 150,000 pengikut. Syukur Alhamdulillah," katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, menerusi perkongsian video memasak, dia tidak keberatan berkongsi kisah penghijrahan dan menambah pengetahuan mengenai Islam dengan rakan media sosial.

Katanya, suaminya, Azrul Mukhri Azizul Affendi, 31, menyokong usahanya dan tidak keberatan membantu apabila dia memasak yang kebanyakan resipi dikongsi adalah jenis mudah serta kerap dimasak di rumah.

"Ada segelintir orang yang menonton video saya mengatakan penyediaan masakan Cina mudah kerana bahan digunakan sedikit, mungkin juga kerana saya selalu kongsi resipi simple.

"Bagi saya sendiri, masakan Cina sukar disediakan kerana memerlukan teknik, kesabaran dan kemahiran, contohnya seperti Nasi Itik Panggang, tetapi saya seronok dapat mencuba," katanya.

Aisha mengakui tidak mahir memasak, namun gembira untuk mempelajari cara memasak yang betul dengan rakan, ibu mentua dan keluarga, selain menerusi dalam talian.

Katanya, perkongsian video di TikTok juga memberi peluang kepadanya untuk memperbaiki kekurangan apabila pengikut dan komuniti Cina dalam talian saling berkongsi ilmu.

"Paling buat saya gembira apabila ada pengikut sudah mencuba resipi saya dan keluarga mereka menyukainya... saya sangat terharu, menghargai dan berterima kasih dengan sokongan diberikan," katanya berhasrat membuka restoran makanan Cina Muslim suatu hari nanti.

Berkongsi kisah penghijrahannya, Aisha berkata, suaminya yang banyak membimbing sehingga hatinya terbuka untuk memeluk Islam.

"Dulu saya agak tertekan dengan hidup kerana banyak persoalan mengenai kehidupan yang tiada jawapan namun suami boleh menjawabnya, ia buat saya kagum.

"Dia yang banyak dakwah saya sehingga faham apa itu Islam. Alhamdulillah," katanya.


Disiarkan pada: Oktober 24, 2022 @ 3:28pm



sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.034827 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list