View: 654|Reply: 1
|
Rosario Bianis diterima ke Britain's Got Talent
[Copy link]
|
|
Rosario Bianis diterima ke Britain's Got Talent
Rosario Bianis
Kuala Lumpur: Penantian penyanyi Rosario Bianis, 28, untuk beraksi di pentas berprestij Britain's Got Talent (BGT) berakhir apabila sah bakal menghadiri uji bakat program terbesar dunia itu pada 12 November ini.
Rosario atau nama sebenarnya Rosario Ninih Chamini Bianis berkata, dia menunggu hampir setahun untuk mendapat panggilan terbabit dan akhirnya menerima emel penyertaannya pada 10 Oktober lalu.
"Sebenarnya saya mahu menyertai America's Got Talent tapi kod Malaysia tidak tersenarai dalam program itu. Kalau teruskan, saya kena guna nama negara Filipina untuk menyertai program itu.
"Kemudian, saya mendapat makluman mengenai BGT pula dan terus isi borang penyertaan pada tahun lalu. Jujur, saya memang berharap diterima kerana ingin membina profil ke tahap lebih tinggi.
"Maklumlah saya bermula sebagai penyanyi kampung, kemudian ke peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan Asia. Saya cuma akan beri yang terbaik dan merasa dapat berada di pentas bertaraf dunia pula," katanya.
Juara Asean Song Contest 2019 dan Bintang RTM 2016 itu berkata, dia enggan melepaskan peluang keemasan terbabit dan berusaha mencari dana atau tajaan bagi melancarkan perjalanannya ke sana.
"Ini adalah peluang yang cukup besar dan saya idamkan selepas sekian lama. Saya merancang untuk ke London pada 7 November ini, beberapa hari lebih awal agar tidak kelam-kabut di sana.
"Buat masa sekarang, saya masih dalam usaha mencari dana untuk tajaan sekurang-kurangnya tiket penerbangan. Itu saja pun sudah cukup kerana kos ke sana memang atas tanggungan sendiri," katanya.
Berkongsi mengenai persiapannya, Rosario sudah menetapkan pilihan lagu terbaik untuk dipersembahkan di hadapan juri nanti termasuk mogul muzik terkenal, Simon Cowell.
"Perasaan saya lebih kepada teruja. Ini adalah pentas terbesar yang saya akan jejak dan bersedia untuk membanggakan seluruh rakyat Malaysia dengan persembahan sehabis baik.
"Saya tahu mereka di sana sangat menghargai bakat luar dan bukan senang peserta dari Malaysia dapat peluang itu. Saya harap segalanya akan dipermudahkan dan dapat pengalaman paling bermakna," katanya.
Terdahulu, penyanyi kelahiran Tambunan, Sabah itu berkongsi berita gembira terbabit menerusi Instagram. Uji bakatnya bakal bertempat di ExCel London.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... britains-got-talent
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tahniah, bukan senang anak seni dapat cungkil bakat hingga ke pentas antarabangsa. di negara sendiri pun payah kalau takde kabel
|
|
|
|
|
|
|
| |
|