|
Bekalan minyak masak paket bersubsidi didakwa berkurangan di kebanyakan kedai runcit di Pulau Pinang, sejak beberapa minggu lalu. Foto fail NSTP
KUALA LUMPUR: Bekalan minyak masak paket bersubsidi didakwa berkurangan di kebanyakan kedai runcit di negeri ini, sejak beberapa minggu lalu.
Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), NV Subarrow, berkata perkara itu amat membimbangkan berikutan sambutan Deepavali bakal disambut pada 24 Oktober ini.
Katanya, aduan mengenainya diterima daripada pengguna terutama suri rumah yang mendakwa tidak dapat membeli minyak masak paket bersubsidi di kedai runcit kerana kehabisan stok.
Beliau berkata, minyak masak paket yang tiba di kedai habis pada hari yang sama.
Berikutan itu, katanya, CAP meminta Kementerian Dalam Negeri, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) segera menangani masalah kekurangan minyak masak paket bersubsidi di pasaran.
"Ramai suri rumah, terutama kaum India mendakwa mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan minyak masak paket untuk membuat kuih sempena Deepavali.
"Lazimnya, bekalan akan habis pada satu hari kerana permintaan tinggi dalam kalangan mereka yang akan menyambut Deepavali," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Subbarow berkata, CAP mengesyorkan KPDNHEP menambah bekalan minyak masak paket kerana ramai keluarga India yang terdiri daripada kumpulan B40 akan menggunakan minyak masak paket bersubsidi pada musim Deepavali ini.
https://www.bharian.com.my/berit ... -pinang-berkurangan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|