CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 411|Reply: 0

[Selangor] Pemborong telur kenakan caj pengendalian dikenakan tindakan

[Copy link]
Post time 16-10-2022 03:55 PM | Show all posts |Read mode

Penguat kuasa KPDNHEP Selangor membuat pemeriksaan dan mengeluarkan notis kepada pemborong yang mengenakan caj pengendalian RM0.60 kepada pembeli. FOTO IHSAN KPDNHEP

Klang: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor mengeluarkan notis dan memberi tempoh sehingga 21 Oktober ini kepada seorang pemborong telur di Meru yang mengenakan caj pengendalian kepada pembeli.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor Mohd Khairi Jamaludin berkata, tindakan ke atas pemborong itu diambil selepas pemeriksaan dibuat susulan tular di media sosial berhubung caj pengendalian jualan telur ayam Gred AA sebanyak 60 sen yang dikenakan oleh pemborong terbabit.

"Premis yang diperiksa diberikan suatu Notis Bertulis di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatuan (AKHAP) 2011 kerana mengenakan caj pengendalian 60 sen bagi setiap bekas telur ayam gred A dan B yang dibeli oleh pembeli.


"Tempoh maklum balas adalah sebelum atau pada 21 Oktober ini. Premis diperiksa perlu mematuhi notis berkenaan dan jika gagal, boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 21 AKHAP 2011.

"Kami memberikan peringatan agar peniaga tidak mengenakan caj tambahan yang tidak munasabah ke atas telur ayam dan ayam yang masih di bawah barangan harga maksimum," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, dalam operasi jam 10.30 pagi tadi, pemeriksaan mendapati premis itu mendapat bekalan telur daripada pengeluar atau pembekal telur ayam dari Melaka.

"Premis diperiksa turut dikenakan caj pengendalian pembelian telur ayam oleh pengeluar atau pembekal bagi setiap bekas telur ayam yang dibeli.

"Setiap bekas dikenakan caj pengendalian oleh pengeluar atau pembekal sebanyak 60 sen.

"KPDNHEP Selangor sudah membuat tindakan dan siasatan susulan dengan kerjasama KPDNHEP Melaka untuk memberikan notis kepada pembekal terbabit," katanya.

Pada masa sama, katanya, pemeriksaan mendapati premis berkenaan adalah peringkat pemborong yang menjual telur ayam pelbagai gred (Gred AA, A, B, C dan D) kepada peruncit.

"Urus niaga hanya membabitkan dengan peniaga sahaja. Tiada urus niaga dilakukan dengan pengguna," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial satu hantaran yang dibuat di Facebook Meru Klang Residents Official yang mendakwa premis terbabit mengenakan caj pengendalian kepada pengguna sebanyak 60 sen malah sebelum ini, kotak telur juga dikenakan caj.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -dikenakan-tindakan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.319808 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list