CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 444|Reply: 1

[Selangor] Imigresen Selangor tahan 501 warga asing tanpa dokumen

[Copy link]
Post time 15-10-2022 01:23 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA warga asing yang ditahan pada Op Bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor di gudang pengasingan barang sebuah syarikat penghantaran di Seksyen 22, Shah Alam. FOTO Nurul Hidayah Bahaudin

Shah Alam: Seramai 501 warga asing ditahan pada Op Bersepadu dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor bersama Jabatan Pendaftaran (JPN) di sebuah gudang pengasingan barang sebuah syarikat penghantaran di Seksyen 22 di sini, jam 12 tengah malam tadi.

Serbuan dijalankan 78 penguat kuasa JIM Selangor dan empat pegawai JPN.

Timbalan Pengarah (Kawalan) JIM Selangor Tarmizi Talib Ali berkata, serbuan dibuat hasil maklumat awam sebelum pihaknya menjalankan risikan.


Katanya, 614 pekerja di gudang itu terdiri daripada 113 warga tempatan dan 501 warga asing diperiksa.

"Warga asing yang ditahan berusia 15 hingga 52 tahun, mereka membabitkan warga India, Indonesia, Nepal, Bangladesh, Myanmar dan Sri Lanka.

"Mereka ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri sah," katanya ditemui di lokasi serbuan.

Tarmizi berkata, premis itu tidak pernah diserbu sebelum ini dan pihaknya akan merekodkan keterangan pengurusan syarikat penghantaran itu untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... asing-tanpa-dokumen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2022 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Shopee la ni kan, oren je semua tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.064564 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list