CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1559|Reply: 4

Baru 6 Bulan, Nikita Willy Biar Anak Makan Paha Ayam Sendiri

[Copy link]
Post time 14-10-2022 11:21 AM | Show all posts |Read mode


Tindakan pelakon Nikita Willy mula mengajar anak lelakinya, Issa Djokosoetono makan sendiri meskipun baru berusia enam bulan menarik perhatian warganet.


Lebih memeranjatkan apabila Nikita memberikan makanan keras termasuk ayam, brokoli dan mi kepada bayinya itu.




TikTok




Kapan Lagi melaporkan, cara didikan pelakon itu mendapat pelbagai reaksi peminat termasuk ada yang kagum melihat Issa berselera setiap kali menikmati hidangan yang disediakan.


Tidak kurang melahirkan rasa bimbang kerana merasakan makanan yang diberikan tidak sesuai untuk bayi berumur enam bulan selain bimbang Issa akan tercekik.




IG Nikita




Nikita turut berkongsi perjalanan tumbesaran dan pemakanan bayinya itu bersama pengikutnya di Instagram.




  



Difahamkan, cara didikan ini dikenali sebagai baby led weaning (BLW) bertujuan supaya si bayi boleh makan makanan padat dan tidak hanya bubur semata-mata.








Antara makanan diberi adalah seperti brokoli, ayam, kentang, avokado, telur dan salmon.







Terdahulu, Nikita pernah berkongsi alasan mengapa dia memilih untuk melahirkan anak di luar negara. Ia bukan sekadar untuk bergaya dan menunjukkan kemewahan tetapi pelakon ini ingin menikmati waktu berpantang tanpa kehadiran tetamu.




Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2022 11:25 AM | Show all posts
dah ada gigi ke bg mkn ayam goreng seketul gitu? klu dilenyek mcm kentang ke carrot ke ok lg. comel baby dia
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 12:20 PM | Show all posts
bukan masalah tercekik je, perut anak tu baru je nak belajar hadam makanan…  jahanam perut terus dapat makan keras2…  ni stok bodo macam mak bagi baby baru lahir makan bubur nasi…
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 07:53 PM | Show all posts
kecik sgt lagi tuhh nak suruh mkn suap sendiri. waduh2 kesian anak ini
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2022 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Indon ni mmg pelik2 ye perangai. Td pi jumpa ex cleaner, baby baru 5bln. Dia dah suap bubur dr umo 2 bln katanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.688519 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list