"Ngangkung merupakan perbuatan memuja nombor ekor sambil bercangkung.Kami percaya perkara ini walaupun tidak banyak tetapi merupakan realitikepada mereka yang hidup di kalangan medium berpendapatan rendah
Ngangkungmelatari kisah seorang pemandu lori, Azim yang hidup serba sederhanabersama isterinya, Suri dan anak perempuannya. Dua sahabat baiknyaialah Tasnim dan Wan yang merupakan kaki ekor.
Tabiat sertaaktiviti Tasnim dan Wan memang diketahui oleh isteri masing-masing.Azim pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti mereka tetapiakhirnya terpengaruh kerana desakan dan kesempitan hidup.
Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung.
Bermuladengan hanya melihat, semakin hari Azim semakin seronok menyertaiaktiviti dua rakannya itu secara senyap tanpa pengetahuan Suri.
Pelbagaicara serta bermacam jenis bomoh yang mereka temui semata-mata untukmendapatkan nombor yang perlu dibeli dan dalam masa yang sama, pelbagaikejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung.
Perubahanketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebihserius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkannombor ekor.
Begitu juga dengan kehidupan Tasnim dan Wan, sehinggakan suatu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka.
Skang kat alamanda...tengok show 9 malam. check ngan budak kat counter full house citer nih. Show 9 pm nih pon aku beli kol 4.30 tadi, yg kol 9 nih dok second row from depan....waaaa lenguh ler leher den nih nanti. show 5 and 7 malam pon penuh. Nanti dah tengok, boleh review