CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 295|Reply: 1

[Pulau Pinang] Pulau Pinang tarik balik darjah kebesaran Najib

[Copy link]
Post time 15-9-2022 01:10 PM | Show all posts |Read mode

Datuk Seri Najib Razak.

GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang membatalkan dan memansuhkan keahlian Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) yang dikurniakan kepada Datuk Seri Najib Razak berkuat kuasa hari ini.

Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang juga Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Mohd Zakuan Zakaria, berkata Najib dianugerahkan DUPN yang membawa gelaran Datuk Seri Utama pada 2009.

"Pada 23 Ogos 2022, Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap beliau atas beberapa pertuduhan.

"Berdasarkan sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan kepada beliau, keahlian beliau sebagai penyandang DUPN yang membawa gelaran Datuk Seri Utama adalah dibatalkan dan dimansuhkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Mohd Zakuan memaklumkan Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak bersetuju Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan berkenaan.

Menurut Mohd Zakuan, pembatalan dan pemansuhan keahlian itu selaras dengan kuasa yang diberikan kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang menurut Perkara 6 dan 8 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang serta Peraturan 18 Statut Darjah Pangkuan Negeri 2011.
https://www.bharian.com.my/berit ... jah-kebesaran-najib

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2022 01:32 PM | Show all posts
owh png pun sama jgk eh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.232070 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list