CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 310|Reply: 0

[Kedah] Wanita didakwa perdaya rakan melabur lebih RM200,000

[Copy link]
Post time 14-9-2022 05:13 PM | Show all posts |Read mode

ZAHANIM diiringi polis ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan menipu rakannya. FOTO Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan memperdaya rakannya dalam tawaran pelaburan kotak pembungkusan membabitkan kerugian RM202,430 antara 2018 hingga 2019 lalu.

Tertuduh, Zahanim Jaafar, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nurshahida Abdul Rahim.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memperdaya Aida Husna Ismail, 36, untuk membuat pelaburan yang tidak wujud menyebabkan mangsa melakukan 44 transaksi pindahan wang ke dalam tiga akaun berbeza yang keseluruhannya berjumlah RM202,430.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kolej Height Utara, Jitra, antara 25 Oktober 2018 hingga 17 Februari 2019.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatin Mastura, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Nur Fatin kemudian meminta mahkamah menetapkan jaminan RM6,000 ke atas tertuduh, namun Zahanim memohon jumlah itu dikurangkan kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap ketika ini.

Mahkamah kemudian menetapkan ikat jamin RM3,000 dan 2 Oktober depan sebagai tarikh semula kes.

Tertuduh kemudian membayar wang jaminan di kaunter Kompleks Mahkamah Alor Setar.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... abur-lebih-rm200000

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.255444 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list