View: 370|Reply: 0
|
[Kedah]
'Duda pemalas kerja, maut dipukul rakan serumah'
[Copy link]
|
|
SUNGAI PETANI: Seorang duda meninggal dunia selepas dikatakan menjadi mangsa belasahan rakan serumah sejak sebulan lalu, dalam kejadian di Taman Gemilang Sungai Lalang, Bedong di sini.
Mangsa meninggal dunia dalam perjalanan ketika dikejarkan untuk rawatan kecemasan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini semalam.
Kematian lelaki berusia 39 tahun itu disahkan pegawai perubatan sejurus tiba di Zon Merah Jabatan Kecemasan HSAH pada 3.40 petang.
Sumber berkata, susulan pemeriksaan perubatan yang mendapati mangsa mengalami kecederaan di seluruh badan, menyebabkan pegawai perubatan terbabit melaporkannya kepada polis.
"Susulan itu, sepasukan anggota polis bergegas ke hospital menjalankan siasatan dan doktor yang membuat pemeriksaan mendapati kesan kecederaan di tubuh mangsa berlaku akibat dia dipukul sejak sebulan lalu.
"Pemeriksaan perubatan turut mendapati telinga kanan mangsa bengkak, kesan luka tangan kanan dan kiri, kesan pukul di kedua-dua peha serta luka di badan," katanya.
Katanya, susulan kejadian itu, polis mengambil keterangan daripada ahli keluarga mangsa dan seorang wanita yang juga bekas isterinya.
"Bekas isteri lelaki itu memberitahu yang mangsa bersama seorang anak mereka tinggal di rumah rakan yang juga suspek kes terbabit.
"Hasil siasatan lanjut, beberapa jiran juga mendakwa ada terdengar pergaduhan di antara dua rakan terbabit, namun takut untuk membuat laporan polis kerana bimbang diancam suspek yang juga ahli kongsi gelap," katanya.
Sumber berkata, susulan daripada itu polis menahan suspek yang berusia 36 tahun dan hasil siasatan awal dia mengaku pernah memukul mangsa menggunakan kayu dan tangan sejak sebulan lalu.
"Suspek mendakwa dia bertindak begitu terhadap mangsa yang juga rakan serumahnya itu kerana si mati tidak mahu bekerja, selain kerap memukul anaknya sendiri.
"Pemeriksaan awal mendapati suspek mempunyai lima rekod lampau bersabit kes dadah dan jenayah dan dia kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat.
https://www.bharian.com.my/berit ... pukul-rakan-serumah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|