CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 348|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kotakan janji lulus RUU kawalan tembakau, usah tangguh lagi - CAP

[Copy link]
Post time 28-8-2022 03:43 PM | Show all posts |Read mode
Kotakan janji lulus RUU kawalan tembakau, usah tangguh lagi - CAP

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Ogos 28, 2022 @ 3:18pm  [email protected]





(Gambar fail) Pegawai Pendidikan CAP, NV Subbarow. - NSTP/DANIAL SAAD




GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) mengotakan janji untuk meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 pada persidangan Parlimen akan datang.

Pegawai Pendidikan CAP dan aktivis antirokok, NV Subbarow, berkata RUU ditunggu-tunggu itu harus diluluskan ketika perbahasan Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada 7 Oktober depan.

"RUU itu mesti dibahas dan diluluskan. Jika tidak, ia adalah sesuatu yang sia-sia kerana sudah banyak dibahaskan oleh badan bukan kerajaan (NGO) prihatin serta disediakan ramai orang, termasuk pegawai KKM yang memainkan peranan sangat penting dalam penggubalan RUU berkenaan.

"Jangan ditangguhkan lagi, Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang perlu menunaikan janji," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sekiranya janji itu tidak ditunaikan, beliau menyifatkan pihak terbabit sebagai tidak boleh dipercayai untuk menunaikan sebarang janji manifesto pilihan raya.

Media sebelum ini melaporkan CAP merayu 12 Ahli Parlimen yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas bagi RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022, supaya membuat keputusan bijak demi kebaikan generasi masa depan.

Subbarow dipetik berkata, sokongan terhadap RUU itu mampu menjimatkan berbilion ringgit perbelanjaan negara.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.147653 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list