View: 573|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Bantuan RM600,000 untuk penternak ikan terjejas banjir
[Copy link]
|
|

Pengarah Perikanan Negeri Sembilan Kasim Tawe ( kanan ) menyerahkan bantuan berupa enjin bot kepada penerima yang terjejas akibat banjir Disember tahun lalu. FOTO ABNOR HAMIZAM ABD MANAP
Jelebu: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyalurkan bantuan banjir dan Sistem Penyampaian Khidmat Sokongan (SPeKS) berjumlah RM600,000 kepada 21 penternak ikan air tawar dan nelayan darat di daerah ini yang terjejas akibat banjir pada Disember tahun lalu.
Pengarah Perikanan Negeri Sembilan Kasim Tawe berkata penerima bantuan menerima peralatan antaranya kincir angin, pam air, jaring menangkap ikan dan udang galah, makanan ikan, benih ikan serta enjin bot.
Katanya, bantuan itu diharap dapat membangkitkan semula semangat penternak yang terjejas teruk akibat banjir terbabit.
"MAFI akan sentiasa membantu mereka yang sebelum ini mengalami kesan teruk akibat banjir dan berharap mereka tidak berputus asa meneruskan projek akuakultur demi sekuriti makanan negara.
"Kita juga berharap hasil pengeluaran ikan dan udang galah dapat dipertingkatkan semula seperti mana yang pernah dihasilkan sebelum kejadian banjir berlaku," katanya pada majlis penyerahan bantuan di Pejabat Perikanan Daerah Jelebu, di sini, semalam.
Mengikut rekod, seramai 32 penternak di daerah ini berdepan kerugian berjumlah RM10.5 juta akibat banjir yang memusnahkan kolam ternakan serta peralatan dan makanan ikan.
Sebelum ini, penternak dari daerah ini turut menerima bantuan MAFI apabila RM568,757 disalurkan kepada mereka yang terjejas.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kan-terjejas-banjir |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|