CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 612|Reply: 0

[Johor] Pengamal perubatan rugi RM1.3 juta

[Copy link]
Post time 25-8-2022 03:48 PM | Show all posts |Read mode

Kamarul Zaman ketika ditemui pemberita di IPK Johor, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang pengamal perubatan mengalami kerugian RM1.3 juta apabila terpedaya dengan sindiket penipuan yang menawarkan perkhidmatan menjual kereta potong dari Singapura tidak wujud.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mangsa merupakan lelaki tempatan yang berusia 34 itu dipercayai mula tertarik dengan iklan dalam facebook pada penghujung bulan Julai lalu.

Menurutnya, mangsa kemudiannya menekan pautan iklan tersebut sebelum berinteraksi dengan suspek menerusi aplikasi WhatsApp.

“Mangsa merupakan seorang pengamal perubatan, dia mungkin nak mulakan bisnes alat ganti kenderaan, jadi dia nak beli kereta skrap dari Singapura.

“Mangsa tidak pernah jumpa secara fizikal dengan suspek, mereka berhubung melalui dalam talian,”katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, mangsa melakukan beberapa transaksi memindahkan wang RM1.3 juta tersebut ke akaun disyaki milik suspek bermula 1 hingga 19 Ogos lalu.

Jelasnya, mangsa mula menyedari dia tertipu setelah suspek gagal dihubungi sebelum tampil membuat laporan polis pada 20 Ogos lalu.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang mekanik kerugian kira-kira RM240,000 setelah terpedaya sindiket tiket loteri yang menjanjikan pulangan hadiah setengah juta.

“Mangsa berusia 55 tahun dikatakan didatangi seorang lelaki pada bulan Mei lalu menawarkan tiket loteri toto yang sudah menang hadiah RM500,000.

“Bagi mendapatkan hadiah tersebut, suspek memaklumkan mangsa perlu membayar duit pendahuluan. Mangsa melakukan beberapa transaksi menerusi akaun bank melibatkan wang RM240,000,”katanya.

Kamarul Zaman berkata, mangsa menyedari dia tertipu selepas suspek menyekat talian telefon bimbit dan gagal dihubungi sebelum mangsa membuat laporan polis pada 23 Ogos lalu. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/08 ... an-rugi-rm1-3-juta/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.035275 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list