CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 545|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Lelaki didenda datang beraya sambil berbogel

[Copy link]
Post time 24-8-2022 11:50 AM | Show all posts |Read mode

Mohd. Effandi didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Rembau kerana menceroboh rumah penduduk dalam keadaan berbogel Mei lalu.


REMBAU – Tindakan seorang lelaki yang datang beraya dalam keadaan bogel me­ngundang padah apabila dia didenda RM3,500 atas pertuduhan menceroboh rumah penduduk lain di Mahkamah Majistret Rembau di sini semalam.

Mohd. Effandi Abdul Rhasid, 36, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Kartini Kasran.

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh dipenjara 10 bulan jika gagal membayar denda itu. Dia membayar denda tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah sengaja menceroboh ke dalam rumah penduduk pada pukul 8.30 pagi di Kampung Minching Baru di sini Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pe­ngadu telah keluar rumah untuk ke surau pada pukul 6.15 pagi dengan membiarkan pintu utama tidak berkunci.

Selepas solat subuh, pengadu telah pulang dan dimaklumkan oleh anaknya terdapat seorang lelaki tidak dikenali berada di dalam bilik pengadu dalam kea­daan bogel.

Pengadu kemudian telah bertanya kepada lelaki tersebut mengapa masuk ke dalam bilik­nya dan lelaki itu menjawab ‘nak jalan raya’.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Yap Tsu Sheng, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
https://www.kosmo.com.my/2022/08 ... ya-sambil-berbogel/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.091274 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list