Diterbitkan: Aug 22, 2022 8:17 AM⋅
Dikemaskini: 8:17 AM
Dr Mahathir Mohamad sekali lagi melemparkan kritikan tajam terhadap seteru politiknya, Najib Razak, yang disifatkannya sebagai individu yang paling "berjaya menterbalikkan" orang Melayu.
Pengerusi Pejuang itu mendakwa kejayaan terbesar Najib adalah menanam pendapat dalam kalangan orang Melayu untuk tidak malu meski mencuri.
"Dahulu orang Melayu memandang rendah kepada orang yang mencuri. Mereka amat malu jika ada ahli keluarga yang terlibat dengan jenayah, dengan mencuri dan sebagainya.
"Tetapi sekarang orang Melayu tidak lagi berasa malu. Apa nak malu? Najib menanam pendapat bahawa apa nak malu jika ia mencuri.
"Dia boss. Boss boleh mencuri. Kalau boss tak malu kerana mencuri, orang Melayu pun tak perlu malu bila mencuri," kata bekas perdana menteri itu dalam hantaran di Facebook, semalam.
Akibatnya, kata ahli parlimen Langkawi itu, ramai orang ketika ini tak tahu malu.
"Ada yang sampai cium tangan. Kenapa cium tangan? Boleh dapat duit. Boleh dapat jawatan. Apa nak malu.
"Kalau tangan berbau najis, tak apa. Ada duit dalam najis. Terbongkok-bongkoklah nak cium tangan. Apa nak malu. Kalau tangan bersalut tahi tetapi ada duit, okaylah. Tak payah malu," sindirnya.
Tambah ahli parlimen Langkawi itu lagi, dunia mentertawakan Malaysia dengan kelakuan yang memalukan.
"Inilah kejayaan Najib yang terbesar. Orang Melayu tak perlu malu. Terima duit yang dicuri, tak malu. Minta duit free, tak malu. Tak bayar hutang tak malu. Pilih pencuri, perasuah, banduan sebagai perdana menteri, okay. Tak malu.
"Dunia ketawa negara Malaysia kerana tak malu dengan kelakuan yang memalu, tak malu," katanya.
Najib yang juga merupakan pengerusi Lembaga Penasihat BN kini dalam proses menyelesaikan rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan berhubung sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dalam kes SRC International Sdn Bhd.
Semalam, bekas perdana menteri itu sekali lagi malafazkan sumbah menafikan penglibatannya dalam penyelewengan dana SRC.
Post time 3-9-2022 08:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Bab ni aku x setuju....ni semua atas diri individu tu sendiri...
Kalau Tun kata najib memalukan nama Malaysia sebagai pemimpin yg beragama Islam tu aku setuju la...
Yg buat jahat mencuri tu x de sapa pengaruh kita...bukan budak kecik lagi pun...ni semua atas diri sendiri...mcm tu lepas ni jika ada anak2 bawahan pimping najib yg mencuri bolehla kata semua sebab najib
Post time 3-9-2022 08:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
X malu pon tun oi.yg mencuri tu expm ...yg menyakau anak veranak jd bilionaire pon ex pm..jadi bukan kami raykat marhein yg menyakau...yg menyakau je la patut malu...
Post time 3-9-2022 09:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Elok lah tun M tegur mcm tu, biar org melayu terjentik.
Slogan pun 'malu apa bossku' dah ngaku terang2 tak malu. Cash is king, sebab tu yg kebulur duit sanggup cium tgn.
Jibby menormalize benda buruk utk diikuti oleh org muda. Dok nmpk dah hasilpun mcm influencer kaya sekelip mata money laundering tyg duit kepuk2. Kepala scammer pun tak tau malu, boleh hidup mewah tyg dgn bangga. Boss buat mcm tu, aku pun buat sama. Malu apa.
Padahal seluruh dunia tahu bahwa anda semua adalah anak cucu keturunan nabi besar Ibrahim dan Keturah yang juga adalah sebuah Mahawangsa yang tiada lawan di muka bumi ini ..
Jadi mungkin hal ini akan menjadi objel penelitian untuk thes PhD yang bakal menarik minat dari seluruh dunia untuk menjawab hal ini ..
Bagaimana seorang anak yang paling suchi dan mulia bisa melakukan sesuatu yang betul-betul memalukan secara terbuka dn teang-terangan ..
Tampaknya ada yang salah dengan perilaku, emosi dan psikologi sosial anda sebagai bagian dari anak cucu Nabi Ibrahim dan Keturah yang terkenal sebagai manusia maha suci berkat lindungan Alah ..
Agar Bangsa Melayu tetap menjadi bangsa yang maha mulia an maha suchi maka lakukan korupsi dan kejahatan secara massal atau bersama-sama... mungkin bisa menghindarkan Tuhan untuk menghukum anda semua di neraka ...