CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 550|Reply: 0

[Johor] 29 keluarga terjejas akibat banjir

[Copy link]
Post time 21-8-2022 12:04 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Kampung Melayu Batu 10, Skudai yang menempatkan mangsa banjir. FOTO ihsan APM

Johor Bahru: Seramai 86 individu membabitkan 29 keluarga terjejas akibat banjir kilat di beberapa kawasan di seluruh daerah ini, mulai semalam.

Jurucakap Pusat Kawalan Operasi daerah berkata, kesemua mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan termasuk di Dewan Kampung Melayu Batu 10, Skudai, dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara, Tebrau di sini.

Beliau berkata, antara kawasan terjejas termasuk Kampung Laut Batu 10 di Skudai; Kampung Pasir, Kampung Kangkar Tebrau dan Kampung Kenangan di mukim Tebrau.


Menurutnya, PPS di Dewan Kampung Melayu Batu 10, Skudai dibuka mulai 7 malam semalam menempatkan 43 mangsa membabitkan 12 keluarga, manakala PPS di SK Bukit Mutiara dibuka pada 8 malam tadi menempatkan 43 mangsa membabitkan 17 keluarga.

Katanya, sehingga kini, tiada orang kurang upaya (OKU) didaftarkan di PPS berkenaan dan tiada mangsa yang kritikal atau sakit dilaporkan.

"Kementerian Kesihatan Malaysia melakukan sanitasi di dalam Dewan penginapan.

"Tinjauan di kawasan terjejas mendapati air sudah surut dan cuaca semakin cerah," katanya menerusi siaran media hari ini.

Hujan lebat berterusan mengakibatkan beberapa kawasan perumahan di sekitar daerah ini dilanda banjir kilat mulai 3 petang semalam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... jejas-akibat-banjir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.045873 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list