CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 774|Reply: 1

Lebih 25,000 penonton 'happy' di konsert Billie Eilish Happier Than Ever

[Copy link]
Post time 19-8-2022 12:09 PM | Show all posts |Read mode
Lebih 25,000 penonton 'happy' di konsert Billie Eilish Happier Than Ever


Billie Eilish terharu sokongan peminat. FOTO Zaaim Haris


Kuala Lumpur: Billie Eilish, 20, sebak melihat sokongan lebih 25,000 peminatnya pada konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022 yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Eilish jelas tidak sangka dengan sokongan luar biasa serta jeritan penonton yang tak henti-henti melaungkan namanya serta bersorak setiap kali menyanyi setiap lagunya.

"Saya sayang anda semua. Saya tak jangka tenaga anda luar biasa sebegini. Walaupun pertama kali ke sini, tapi rasa macam sudah lama kenal anda semua.

"Saya bersyukur sangat ada peminat seperti anda. Anda memang buatkan kedatangan saya ke sini lebih berbaloi dan benar-benar besar maknanya," katanya.

Pada konsert berdurasi hampir dua jam itu, Eilish berjaya membuktikan dia memang penghibur kelas pertama. Energi serta penghayatannya cukup mengagumkan.

Turut diiringi abangnya, Finneas yang bermain beberapa alat muzik,  Eilish mendendangkan setiap lagu dengan sepenuh jiwa. Nyanyian secara langsungnya juga begitu mantap.

Antara lagu dinyanyikan ialah Bad Guy, Happier Than Ever, You Should See Me In A Crown, Bellyache, All The Good Girls Go To Hell, Bury A Friend, When The Party's Over, I Love You, Everything I Wanted dan banyak lagi.

Terdahulu, seawal 5 pagi peminat sudah sampai ke lokasi konsert demi menyaksikan konsert terbabit.

Bintang pop berusia 20 tahun itu tiba Malaysia kelmarin. Fotonya berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama pasukan termasuk abangnya, Finneas turut tular di media sosial.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... eilish-happier-ever

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2022 02:54 PM | Show all posts
Edited by Archie69 at 29-8-2022 11:50 AM

Kuala Lumpur: Billie Eilish, 20, sebak melihat sokongan lebih 25,000 peminatnya pada konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022 yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, malam tadi.
Liteblue
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.057280 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list