CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 556|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Di manakah Nur Elyana?

[Copy link]
Post time 17-8-2022 01:21 PM | Show all posts |Read mode

Nur Elyana Adryna hilang sejak 13 Ogos lalu. FOTO IHSAN KELUARGA

Kulai: "Hari ini sudah masuk empat hari saya mencari anak di sekitar kawasan Kulai sehingga ke Skudai, tetapi tidak jumpa," kata Mohd Azmi Abdullah, 40, bapa tiri kepada Nur Elyana Adryna Abdul Rahim, 16 yang hilang sejak Sabtu lalu selepas keluar dari rumah keluarganya di Bandar Putra, di sini.

Katanya, Nur Elyana keluar sendirian tanpa membawa dokumen pengenalan diri ketika dia terlelap, manakala isterinya keluar bekerja.

"Saya risau sangat, takut perkara buruk terjadi pada dirinya. Sudah masuk hari keempat kami sekeluarga mencarinya. Biasanya sebelum ini jika keluar, dia akan pulang sebelum petang.


"Bimbang kerana dia tidak seperti gadis normal, biarpun luaran dan fizikalnya kelihatan normal tetapi pemikirannya seperti kanak-kanak berusia 10 tahun kerana dia menghidap autisme," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Mohd Azmi, anak kedua dari tiga beradik itu tidak mempunyai kawan kerana sifatnya yang pendiam.

"Dia pernah hilang setahun lalu, tetapi dalam tempoh waktu sekejap sahaja dan pulang semula sebelum waktu malam.

"Apa yang membimbangkan kami adalah pada malam hari dia tidak pulang, saya dapat satu pesanan melalui WhatApp dari nombor yang tidak dikenali menyatakan jangan mencari kakak (Nur Elyana) lagi.

"Saya buat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai berhubung kehilangan Nur Elyana dan pesanan melalui WhatApp yang diterima itu.

"Saya risau kerana kakak keluar tidak membawa apa-apa termasuk telefon bimbit, saya sudah ajar kakak supaya mengingati nombor telefon saya dan ibunya jika berlaku apa-apa kepadanya," katanya yang turut menerima panggilan dari orang tidak dikenali memaklumkan perkara buruk terjadi terhadap anaknya.

Katanya, dia dan isteri turut menghubungi dan mencari Nur Elyana di rumah ahli keluarga terdekat bagaimanapun mereka juga tidak tahu di mana gadis itu berada.

Mohd Azmi berharap anak keduanya itu segera ditemui dalam keadaan selamat dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubunginya di nombor 017-7591736.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -manakah-nur-elyana

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.893529 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list