CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 457|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Maut dihempap sisa runtuhan

[Copy link]
Post time 17-8-2022 01:16 PM | Show all posts |Read mode

Mangsa disahkan maut di tempat kejadian. FOTO Ihsan Bomba.

Port Dickson: Buruh maut selepas bangunan dalam pembinaan runtuh di Sungai Sendayan, Bandar Springhill di sini, petang tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Penguasa Bomba II Mohamad Rosman Md Nor berkata, mangsa, Muzakkir Bakri, 53, pemegang kad pemastautin tetap disahkan meninggal dunia di lokasi.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 3.54 petang dan bergegas ke lokasi yang terletak 16 kilometer (km) dari balai.


"Kami berjaya mengeluarkan mangsa daripada sisa runtuhan dan petugas kesihatan yang berada di lokasi mengesahkan dia meninggal dunia kerana parah di kepala dan beberapa anggota badan.

"Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... empap-sisa-runtuhan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.108540 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list