CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 326|Reply: 0

[Pulau Pinang] Mayat lelaki ditemui terapung

[Copy link]
Post time 14-8-2022 09:50 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 14-8-2022 09:51 AM

Mayat lelaki ditemui terapung

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Ogos 14, 2022 @ 8:45am [email protected]




Mayat dipercayai seorang lelaki tanpa pengenalan diri ditemukan terapung pada kedudukan 0.7 batu nautika timur laut Padang Kota Lama, Georgetown, semalam. - Foto Maritim Malaysia




GEORGETOWN: Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung pada kedudukan 0.7 batu nautika timur laut Padang Kota Lama di sini, jam 2.05 petang semalam.

Mayat ditemukan sekumpulan individu yang menaiki bot pancing sebelum menghubungi MERS999.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed, berkata pasukannya digerakkan ke lokasi sebaik menerima maklumat daripada Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Langkawi.

"Mangsa berseluar pendek dan bersinglet putih tanpa pengenalan diri.

"Mayat dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban sebelum dihantar ke Hospital Besar Pulau Pinang (HPP) dan diserah kepada pihak polis bagi tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Abd Razak berkata, pihaknya belum menerima aduan berkenaan orang hilang di laut.

Sehubungan itu, sesiapa yang kehilangan ahli keluarga atau saudara diminta segera tampil membuat aduan di balai polis berhampiran.

Orang ramai yang mempunyai maklumat, aduan dan kecemasan di laut boleh menghubungi talian Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang 04-2626146 atau MERS 999.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.060947 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list