CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 631|Reply: 0

Padah mengaku makan jerung putih, selebriti media sosial China disiasat polis

[Copy link]
Post time 3-8-2022 09:01 AM | Show all posts |Read mode

Selebriti media sosial China mendakwa dirinya memakan jerung putih sebagai hidangan dalam satu video makanan. - Douyin

Padah mengaku makan jerung putih, selebriti media sosial China disiasat polis


BEIJING- Seorang penulis blog makanan di Cina  disoal siasat polis selepas memuat naik klip video dia makan isi ikan jerung putih di platform penstriman Douyin, lapor akhbar Daily Star UK, semalam.

Wanita yang menggelarkan dirinya Tizi, ialah pesohor media sosial  di laman Douyin dan mempunyai lapan juta pengikut.

Wanita itu popular kerana  makan haiwan yang jarang ditemui, luar biasa dan kadangkala terancam.

Dalam video terbarunya, Tizi menunjukkan hidangan ekor  jerung sebelum memakannya.

“Ia mungkin kelihatan ganas, tetapi dagingnya benar-benar sangat lembut,” kata Tizi.

Tizi turut memuat naik gambar dirinya berbaring di sebelah bangkai jerung putih bagi menunjukkan saiz ikan tersebut.

Menurut kapsyen pada video itu, jerung putih besar itu dibiakkan dalam kurungan tetapi ramai pengulas mempertikaikan bahawa adalah adalah mustahil untuk membela seekor jerung putih di dalam tangki. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/08 ... ina-disiasat-polis/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.028567 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list