CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 489|Reply: 0

[Pulau Pinang] MATTA mohon tambahan kuota syarikat urus jemaah haji

[Copy link]
Post time 2-8-2022 04:45 PM | Show all posts |Read mode

Soon Hin (dua dari kiri) dan Nigel Wong (dua dari kanan) pada majlis perasmian Pulau Pinang sebagai rakan kongsi pertama membabitkan platform MATTA Online hari ini. NSTP/ ZUHAINY ZULKIFFLI

GEORGETOWN: Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) masih berbincang bersama beberapa kementerian berhubung Akta Tabung Haji 1995 yang antara lain bagi membuka lebih kuota kepada agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam pengurusan jemaah haji.

Setakat ini, Lembaga Tabung Haji (TH) hanya memberi kepercayaan kepada 22 syarikat pelancongan menjadi Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk menyantuni jemaah bagi menunaikan ibadah itu.

Bendahari Kehormat MATTA, Nigel Wong, berkata pihaknya sudah mengadakan beberapa perjumpaan dengan pihak berkaitan bagi membincangkan isu itu, namun setakat ini belum ada sebarang kata putus.

Katanya, isu berkenaan membabitkan beberapa kementerian termasuk TH dan prosesnya mungkin mengambil sedikit masa untuk diketahui keputusannya.


"Kita berharap permohonan yang diusulkan itu akan mendapat pertimbangan pihak berkaitan.

"Inisiatif ini secara tidak langsung dapat mengelak umat Islam di Malaysia daripada terpedaya dengan sindiket penipuan pelancongan membabitkan umrah dan haji," katanya selepas majlis perasmian Pulau Pinang sebagai rakan kongsi pertama membabitkan platform MATTA Online di Ozo hotel di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Yeoh Soon Hin.

Mengikut Seksyen 27 dan 34 Akta Tabung Haji 1995, menegaskan hanya pihak TH saja yang diberi kelayakan bagi mengeluarkan lesen haji yang sah dan diluluskan pihak Arab Saudi.

Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH) sebelum ini menggesa supaya amalan 'Kartel TH' dalam soal pemilihan agensi pelancongan untuk menjadi PJH dapat dihapuskan.

Presidennya, Datuk Seri Razali Mohd Sham, menyarankan setiap agensi pelancongan yang diberi kelulusan PJH diulang ganti setiap dua tahun sekali.

Media tempatan pada 13 Julai lalu melaporkan Presiden MATTA, Datuk Tan Kok Liang meluahkan rasa bimbang susulan penipuan pakej haji palsu semakin meningkat dan menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas bagi mengelak isu itu berulang.

Mengulas lanjut, Nigel berkata, umat Islam di negara ini juga harus diberi kesedaran supaya membuat tempahan pakej haji dan umrah menerusi syarikat PJH serta ejen pelancongan yang sah.

"Ia juga dapat memudahkan pihak MATTA mengawal selia dan memberi bantuan menyeluruh sekiranya terdapat perkara tidak diingini berlaku.

"Kita bimbang penipuan haji dan umrah akan terus berulang jika tiada tindakan tegas diambil penguat kuasa yang bertanggungjawab termasuk dalam melakukan pemantauan berkala secara berterusan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... at-urus-jemaah-haji

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.056273 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list