CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 388|Reply: 0

[Kedah] Campak telefon elak kegiatan dikesan

[Copy link]
Post time 31-7-2022 02:46 PM | Show all posts |Read mode

SEORANG wanita warga asing cuba meloloskan diri menerusi pintu belakang premis hiburan ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah di sebuah pusat hiburan di Langkawi. FOTO Ihsan JIM

Langkawi: Seorang wanita warga asing bertindak mencampak telefon bagi mengelak kegiatannya menawarkan khidmat pelayan dikesan dalam serbuan pihak berkuasa di sebuah pusat hiburan di sini, semalam.

Bagaimanapun, cubaan tergesa-gesa wanita itu untuk meloloskan diri menerusi pintu belakang premis itu gagal selepas berjaya dicekup dalam OPS Gegar Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah.

Timbalan Pengarah (Kawalan) JIM Kedah, Rosmaliza Mohamed Rashid, berkata, dalam operasi itu seramai 14 wanita warga Thailand dan Laos ditahan kerana melanggar syarat pas dan tinggal lebih masa di negara ini.

"Siasatan awal mendapati, pusat hiburan itu menawarkan tempahan perkhidmatan pelayan kepada pelanggan menerusi aplikasi WhatsApp dan Telegram.

"Ketika serbuan, wanita warga asing terbabit cuba meloloskan diri menerusi pintu belakang premis serta ada yang bertindak mencampakkan telefon bagi mengelak kegiatannya dikesan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Rosmaliza berkata, bagaimanapun usaha kumpulan wanita warga asing itu gagal apabila pusat hiburan terbabit telah dikepung lebih awal sebelum pasukan serbuan tiba.

"Kesemua tahanan dibawa ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri Langkawi untuk tindakan lanjut, manakala pelanggan dikenakan notis untuk hadir memberi keterangan.

"Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ak-kegiatan-dikesan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.051635 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list