CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 507|Reply: 1

[Perlis] Keliling Perlis dengan Iswara Aeroback dihiasi Jalur Gemilang

[Copy link]
Post time 30-7-2022 08:04 PM | Show all posts |Read mode
Keliling Perlis dengan Iswara Aeroback dihiasi Jalur Gemilang
| | 30 Julai 2022




Pemandu teksi, Zakaria Lebai Harun menghias teksinya sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 peringkat Negeri Perlis di Denai Larian, Pengkalan Asam pada Sabtu. - Foto Bernama


KANGAR - Pak Ya Merdeka tidak malu memandu kereta Proton Iswara Aeroback yang telah mencurah bakti kepadanya selama 14 tahun, mengelilingi Perlis sempena Bulan Kebangsaan bagi memupuk semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia.


Malah, beliau berbangga apabila keretanya yang penuh dihiasi Jalur Gemilang pelbagai saiz dan bendera 14 negeri di Malaysia menarik perhatian orang ramai sekali gus membantunya mengajak rakyat menghidupkan suasana kemerdekaan di negeri ini.


Pemilik nama sebenar Zakaria Lebai Harun, 60, dari Kampung Tebuk, Simpang Empat itu berkata, setiap tahun beliau akan membelanjakan sebanyak RM500 untuk menghiasi keretanya dengan Jalur Gemilang mengikut tema Hari Kebangsaan pada tahun berkenaan.


"Saya cari duit setiap hari semata-mata untuk menghias kereta ini, ingin mengajak orang ramai menghayati erti kemerdekaan...saya rasa bangga apabila ada orang minta untuk berswafoto dengan kereta yang sudah uzur ini, mereka kelihatan gembira,” katanya yang bekerja sebagai penjaja makanan kepada Bernama di sini pada Sabtu.


Bapa kepada lima anak itu berkata, walaupun sumbangannya itu tidak sebesar pejuang kemerdekaan zaman dahulu yang sanggup menggadai nyawa untuk negara, setidak-tidaknya beliau telah melakukan sesuatu untuk Keluarga Malaysia.


Zakaria Lebai Harun menghias teksinya sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 peringkat Negeri Perlis di Denai Larian, Pengkalan Asam pada Sabtu. - Foto Bernama


"Saya tidak kisah apa orang nak cakap pasal saya, yang penting adalah terus istiqamah dalam perjuangan dengan cara dan mengikut kemampuan masing-masing...saya akan teruskan perjuangan ini setiap tahun selagi sihat,” katanya.


Zakaria berkata, beliau hanya menggunakan kereta Proton Iswara Aeroback yang dihiasi Jalur Gemilang itu pada bulan Ogos sahaja mengelilingi Kangar, Padang Besar dan Arau bagi menyebar semangat kemerdekaan supaya ia tahan lebih lama.


Selain itu, beliau turut mengagihkan Jalur Gemilang kepada orang ramai khususnya golongan tidak berkemampuan di sekitar kampungnya.


"Setiap tahun saya beli 20 helai Jalur Gemilang untuk orang ramai menggantungnya di rumah masing-masing,” katanya. - Bernama




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... iasi-Jalur-Gemilang
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2022 08:40 AM | Show all posts
Dahulu sangat minat dengan kereta iswara ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.052713 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list