|
Kampung Iboi banjir lagi
Hujan tanpa henti sejak petang semalam menyebabkan air Sungai Kupang melimpah. - Foto ihsan Kedah Press
BALING: Kampung Iboi serta beberapa penempatan lain berhampiran Sungai Kupang, di sini, dilanda banjir susulan hujan berterusan dengan air dilaporkan turun deras dari bukit dan sungai melimpah.
Ia adalah kejadian kedua, bulan ini, selepas insiden kepala air dan banjir lumpur pada awal bulan yang meragut tiga nyawa serta memusnahkan puluhan rumah penduduk.
Hujan tanpa henti sejak petang semalam menyebabkan air Sungai Kupang melimpah. - Foto ihsan Kedah Press
Antara mangsa banjir kali ini ialah tujuh keluarga membabitkan 32 penduduk dari Kampung Padang Empang, Kupang, yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Haji Hassan Samah berikutan rumah mereka dinaiki air setinggi satu meter, malam tadi.
Mangsa berpindah mulai jam 10 malam apabila keadaan rumah tidak selamat didiami berikutan hujan masih berterusan.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Baling, Kapten Rasidah Kassim, berkata setakat malam tadi, sebuah PPS dibuka bagi menempatkan mangsa berikutan kediaman mereka dimasuki air.
Beliau berkata, hujan tanpa henti sejak petang semalam menyebabkan air Sungai Kupang melimpah.
"Penduduk terpaksa berpindah kerana hujan masih turun, malam ini (malam tadi), dan bimbang mereka terperangkap kerana cuaca gelap.
"Sebagai langkah awal, kita mengarahkan mereka berpindah untuk mengelak sebarang kejadian buruk," katanya.
Rasidah memaklumkan selain Kampung Iboi dan Kampung Padang Empang, antara penempatan lain yang turut dinaiki air ialah Bendang Bechah, Bendang Padang dan kawasan Sekolah Menengah Yayasan Agama Khairiah, Kupang.
"Sekiranya keadaan bertambah buruk, penduduk di lokasi terbabit juga akan diarahkan segera berpindah," katanya.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... ng-iboi-banjir-lagi
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|