INILAH SEBABNYA KENAPA KELANTAN ANTARA NEGERI PALING MISKIN DI MALAYSIA
Apa yang akan korang semua fikir bila sebut pasal negeri Kelantan? Kalau masalah air yang dijawab, memang tak jauhlah tu. Isu ni dari dulu sampai sekarang tiada penghujungnya, hari-hari rakyat Kelantan menerima teh susu percuma terus dari paip rumah.
Isu ini telah menjadi salah satu sebab kenapa Kelantan adalah antara negeri paling miskin di Malaysia. Banyak lagi sebenarnya faktor-faktor yang mendorong kemiskinan di negeri ni… tapi, sebelum tu kami nak bagitahu…
1. Isu masalah air yang tiada noktah, dah nak 30 tahun!
Dapat air teh dari paip mat, tinggal tambah ais je. imej dari GAGS Malaysia.
Hampir 30 tahun, isu air di Kelantan ni tak selesai-selesai, naik pening kepala bila difikir. Rakyat terus menderita menerima air berkarat atau air lumpur. Ia juga mungkin menjejaskan rutin harian mereka seperti memasak, mencuci rumah, membasuh kain, dan mengambil air wudhu’.
Bayangkan, mereka terpaksa menggunakan kaedah lama bagi mendapatkan air bersih. Rakyat Kelantan akan membuat perigi di belakang rumah, tapi bahaya tau sebab air tu tak dirawat. Takpun, cara lainnya ialah mereka membuat telaga tiub sendiri di rumah bagi mendapatkan air.
Macam ni rupanya telaga tiub tu. Imej dari Research Gate.
Bila isu air saja, mereka selalu akan menyalahkan kerajaan pusat kerana tidak memberikan dana untuk mengangani isu air ni. Menurut Mursyidul AM PAS, Hahsim Jasin, isu air ni bukan disebabkan oleh kecuaian PAS, tapi ni semua sebab kerajaan pusat punyal pasal.
“Soal air (di Kelantan) boleh diatasi kalau peruntukan pusat dia bagi sepenuhnya…air tak ada bukan kerana pemimpin PAS cuai tapi sebab tak ada duit.” — Hahsim Jasin, Mursyidul AM, dipetik dari FMT.
Ataupun, mereka akan cakap…Baru-baru ni, Kerajaan Kelantan menganggarkan sebanyak RM7 billion bagi menyelesaikan bekalan air bersih. Kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, jumlah wang itu untuk menukar sistem paip lama yang jaraknya 5000 kilometer serta pembinaan loji baharu.
Tak pelik ke? Apesal la sampai RM7 billion, banyak mat. Macam-macam boleh beli dengan jumlah wang sebanyak tu, tapi duit banyak-banyak ni, tak dibawa ke mana pun kerana mati nanti amalan kita yang dibawa #DONEDAKWAH.
Bekas exco kanan kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa pun pelik, kenapa perlu sampai banyak macam tu sekali duit diperlukan. Dia kata jumlah tu sebenarnya dah melebihi daripada keperluan untuk menangani isu air. Kitaorang just nak cakap satu saja, harapnya janganlah ada berlaku isu subkon dalam projek ni.
2. Pembangunan & prasarana yang lembab merosot
Siapa masih ingat lagi dengan isu terminal bas di Kota Bharu tu, alaaa… yang viral bulan Mei lepas. Baik, tahu tak yang terminal bas tu adalah sementara, sebab nanti mereka nak bina satu lagi stesen bas yang besar, menarik dan sangat futuristik. Ya Tuhan, terminal tu sampai sekarang masih lagi digunakan.
Gambar ni diambil pada 2009, tambah filter Fuji ni mesti nampak macam tahun 80-an. Imej dari Muhammad Ismail Ibrahim.
Berdasarkan kenyataan dari Kerajaan Kelantan, projek Terminal Pengangkutan Bersepadu KB Sentral tu dijangka akan bermula pada pertengahan 2021.
Sebelum ni, Bahagian Pelaburan Kelantan telah mengeluarkan notis pelawaan untuk mengemukakan request for proposal (RFP) bagi tujuan pembinaan sebuah Terminal Pengangkutan Bersepadu KB Sentral di Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu, Kelantan. Dokumen RFP tu dah dijual dari 13 Disember 2020 hingga 12 Januari 2021, serta tarikh tutup penghantaran RFP pada 11 Februari 2021.
RFP Terminal Bas KB Sentral. Imej dari KBBRI.
TBS KB Sentral ni akan dibangunkan di atas tapak seluas 17.37 ekar yang terletak di Mukim Pendek, jadi senang cerita dia jadi terminal utama bagi semua penduduk Kota Bharu mahupun Kelantan. Konsep projek terminal bas ni sama seperti Stesen Sentral Kuala Lumpur.
Masalahnya, kita dah masuk 2022 pun satu habuk apa pun projek tu tak mula lagi. Benda ni semua orang marahlah sebab tak menepati janji, yela mana janji manismu, mencintaiku sampai mati ~ (tiberr, masuk lagu). Tak lama lepas tu, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri Datuk Azami Mohd Nor kata yang projek TBS KB Sentral tu akan siap pada hujung tahun 2025 (tambah lagi masa pulak).
Selain itu, kalau pergi ke sana, kita boleh melihat banyak bangunan dan wisma sudah terbengkalai di sekitar Kota Bharu. Dah nampak seperti kawasan berhantu. Malam-malam boleh la buat paranormal di situ.
Semua ni kita boleh rumuskan bahawa Kelantan gagal dalam perancangan pembangunan dan prasarana, serta tidak mempunyai visi dan misi ke arah mencapai kemajuan (sangat formal ayat kami ye).
3. Kerajaan Kelantan hidup bermandikan duit, rakyat pula menderita kemiskinan
Kitaorang berfikir panjang untuk yang ni, sebab banyak sangat kami nak huraikan. Takpela, demi peminat tegar Soscili, kitaorang sanggup buat apa saja, jika patah sayap rajawali, bertongkat jua kanda datang kemari (terasa aura kemelayuannya).
Bayangkan rakyat Kelantan susah nak dapat air, pembangunan pun merosot, pengurusan sampah tak terurus, tapi kebajikan pemimpin Kelantan pula yang dijaga. Banyak benda sebenarnya yang kami nak cakap tentang ni.
Pertama, ingat tak 2 tahun lepas kecoh dengan berita gaji EXCO dan ADUN PAS dinaikkan sebanyak RM3000 hingga RM5000 sebulan. Bayangkan di kala rakyat Kelantan sedang susah akibat wabak pandemik, takde duit, dibuang kerja, dan masalah mental berlaku, tapi gaji mereka pula dinaikkan.
Imej dari BH.
Isu ni dah dijawab oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Katanya, sebab gaji-gaji mereka ni tak setaraf dengan gaji pemimpin lain.
Satu lagi, awal Februari 2020 lalu, Kerajaan PAS telah meluluskan pembelian kereta mewah Mercedes-Benz, entahlah mereka cakap untuk kegunaan rasmi. Sini kita boleh nampak yang mereka ni tak pandang pun kereta jenama tempatan.
Kenapa mesti nak beli kereta Mercedes-Benz, mahal mat. Kalau golongan B40 beli kereta ni mahu berderau nak bayar bulan-bulan. Okay, memang betul kereta Mercedes ni memang bagus untuk jangka masa lama. Tapi, sebenarnya, kereta tempatan seperti Perodua pun bagus untuk kegunaan rasmi kerana servisnya yang murah, sistem keselamatan terkini, alat ganti senang nak dapat dan tahan lasak sebab mereka guna teknologi Toyota.
Rakyat Kelantan jangan terlampau selesa, bangkit!
“kami rela dipimpin oleh PAS wlaupn xda air,ada byk mslah.DRP KAMI DPIMPIN OLEH KRJAAN YG AKN RUNTUHkn akhlak ank klate kami,dgn bkk panggung wyg????.”
Adakah kebanyakan rakyat rakyat Kelantan pun macam ni? Asalkan akhlak anak Kelantan tak runtuh dan tak terjerumus dalam gelombang maksiat? Kalau korang yang membaca ni dari Kelantan, apa pendapat korang?
Dan dari segi maksiat, hari demi hari masih berlaku. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun mendedahkan sebanyak 304 kes jenayah seksual dilaporkan sejak 2021 membabitkan kes-kes seperti cabul, rogol, sumbang mahram dan seks luar tabii. Benda ni membuatkan dia amat risau kerana trend nya yang meningkat.
Dekat sini kita boleh rumuskan bahawa jangan pandang pada satu aspek sahaja, sebaliknya berfikirlah secara ke hadapan. Bukan sekadar kemajuan dalam sahsiah malah kemajuan dalam pembangunan, prasarana, kemudahan rakyat harus diperbaiki. Sebagai rakyat Kelantan bangkitlah, suarakan hak korang semua supaya didengari oleh pemimpin-pemimpin Kelantan.
Post time 28-7-2022 11:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Bagi lagi orang2 yang menonggeng agama dok kat atas, ini lah jadinya. Sekali next PRU, pas kalah teruk. Mesti makin menjadi dia tonggeng agama & hina kerajaan baru.