CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 369|Reply: 1

[Kedah] Hujan lebat, penduduk bimbang risiko banjir, kepala air

[Copy link]
Post time 28-7-2022 08:59 PM | Show all posts |Read mode
Hujan lebat, penduduk bimbang risiko banjir, kepala air
SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA | | 28 Julai 2022




Keadaan paras air meningkat mencecah permukaan Jambatan Bailey yang dipasang di Kampung Iboi setelah dilanda banjir dan kepala air 4 Julai lalu.


BALING - Hujan lebat sejak petang Khamis menyebabkan paras air sungai meningkat, sekali gus menimbulkan kebimbangan penduduk di tiga buah kampung termasuk Kampung Iboi yang pernah dilanda tragedi banjir dan kepala air, awal bulan ini.


Ketua Kampung, Nor Mohamad Husin berkata, beberapa langkah segera telah diambil bagi memastikan tahap keselamatan penduduk di Kampung Iboi, Masjid Iboi dan Padang Empang terjamin.


Menurutnya, penghuni yang tinggal di kawasan berisiko dinaiki air telah dipindahkan ke tempat selamat.


"Dua keluarga dari Kampung Padang Empang dan Iboi telah diminta berpindah ke rumah sewa yang telah kita cari manakala sebuah keluarga dari Kampung Masjid Iboi dipindahkan ke dewan untuk sementara waktu.


"Bagaimanapun, jika air semakin naik, penduduk yang ditempatkan di dewan juga akan dipindahkan ke lokasi lain sekiranya kita merasakan kawasan itu tidak lagi selamat," katanya.


Jelasnya, buat masa ini, pihaknya dengan kerjasama penghulu serta wakil agensi lain, sentiasa memantau keadaaan penduduk sekiranya hujan lebat sejak 4.30 petang Khamis itu, berterusan.


"Setakat ini, jam 6.30 petang hujan masih ada, pemantauan juga dilakukan pihak polis dan Jabatan Kerja Raya (JKR), sekiranya air melimpah ke Jambatan Bailey, laluan itu akan ditutup kerana bimbang mendatangkan bahaya," katanya.


Beliau dalam masa sama meluahkan kebimbangan penduduk berhubung kewujudan kolam takungan di Gunung Inas yang berisiko menyebabkan bencana berulang.


"Mereka nak tindakan segera ke atas kolam tersebut, selagi masih ada, penduduk bimbang banjir dan kepala air mungkin boleh berlaku lagi," katanya.


Sinar Harian sebelum ini melaporkan tiga nyawa terkorban dalam kejadian banjir dan kepala air di Kampung Iboi Kupang di sini apabila rumah mereka dihanyutkan arus deras dalam kejadian 4 Julai lalu.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... o-banjir-kepala-air
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2022 09:11 PM | Show all posts
video dr BH online


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.095609 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list