Post Last Edit by aerolit_gurlz at 10-12-2010 20:02
BAB 1
Get Up and Dance kuatkedengaran daripada speaker yang disambungkan dengan laptop.Lagu yangdinyanyikan oleh Faber Drive itu kuat,hampir-hampir mengegarkanrumah.Farina,terkinja ke kanan dan ke kiri,menari mengikut irama lagu itu.
“Ya Allah Kak Far..”Pintu bilikdibuka.Terjenggul wajah seorang remaja perempuan,Eja.
“Patutlah rumah bergegarsemacam aje,rupa-rupanya ada badak yang menari.”
Langkah Farina terhenti.Diapusing lipat maut memandang Eja,sepupunya itu yang sudah melangkahmasuk.Matanya tajam mencerun memandang.
“Siapa badak?”Soal Farinadingin.
Eja tersengih.Selamba sahajadia duduk di birai katil.Farina terus duduk disebelah Eja.
“Eee..berpeluh-peluh duduksebelah orang.Busuklah Kak Far ni”Eja menutup hidungnya.Farina gigitbibir.Bertuah punya budak!
“Yang Eja masuk bilik akak ni kenapa?”Farinamenyoal.Tangannya mencapai tuala kecil yang berada di atas katil.Peluhdilapnya.Pehh..baru menari dalam setengah jam,peluh dah keluar banyak ni.Yangaku pun satu,dah putus wayar agaknya.Orang bersenam luar rumah,aku bersenamdalam rumah.Dahlah tu,waktu tengahari rembang pula tu.Ahh gasaklah!Yang pentingkeluar peluh. Belum sempat Eja membukamulut,menjawab soalan Farina,lagu poco-poco kedengaran.Eja pantas bangun.Diasengih lebar.Tangan Farina ditariknya.
“Jomlah kak..”
“Taknaklah!Akak mana pandaipoco-poco.Haii..tak kata bergegar rumahlah.Apalah”Farina pulang balik paku buahkeras. Eja buat tidak dengar.TanganFarina ditariknya semakin kuat.
“Jomlah!Semangat PLKN tak habislagi ni.Kak Far ikut je apa yang Eja buat eh”Eja menarik lagi kuat Farina.Naktak nak,Farina terpaksa bangun.Mengambil tempat disebelah Eja yang sudahberdiri.
Intro poco-poco kedengaran.
“Hah Kak Far.Gerak kanan,gerakkiri.Lepas tu,jalan ke depan,dan ke belakang balik.Haa..salah-salah”Mulut Ejariuh mengajar.Farina cuba sedaya-upaya mengikut,namun dia seringkali tersalahlangkah.
Eja ketawa.
“Macam mana nak masuk So YouThink You Can Dance ni Kak Far.”
“Bila akak kata nakmasuk?”Farina soal balik.Dia kembali duduk di atas katil.Penat!Diperhatikan Ejayang masih ligat menari.
“Farinaaaaaa!!!”Kedengaransuara nyaring memanggil namanya.Farina tersentak.Eja juga!Terhenti tarianEja.Eja lekas-lekas memperlahankan suara volume spekear.
“Farinaaa….!!Apa yang kamu buatlama sangat dalam bilik tu?Tak tahu ke yang Ona ni dah lama sangat tunggukamu?Heeii budak bertuah ni lah!Entah apa yang dibuatnya dalam bilik tu pun taktahu.Yang si Eja ni pun satu..”Yang selebihnya tidak kedengaran.
Farina memandang Eja.
“Kak Ona datang ke?”
Eja sengih.Antara serba-salahdan bimbang.Digarunya kepala yang tidak gatal.
“Lupa!Eja masuk sini sebab nakberitahu yang Kak Ona datang.”
Asalahe punya budak!Laju Farinamembuka pintu almari.Eja hanya memandang.
“Punya lama Eja dekat sini,Ejanak beritahu pasal tulah yea?”
Eja angguk perlahan.
“Bukan salah Eja.Kak Far yangajak Eja menari tadi.”
Terbuntang biji mataFarina.Diperhatikan mukanya dicermin.Orait!Perfect.Biarpun memang tak kenalangsung baju t-shirt lengan panjang warna hijau dengan tudung Ekin warna ungu.
“Salah kak Far pula.Eja yangterlebih overload dengar lagu poco-poco tadi.”
Eja mencebik.
“Habislah kena marah dengan MakNgah”Eja sengih nakal.
Farina gigit bibir.Kalau akukena marah dengan ibu,aku marah kau balik.
BERSAMBUNG...
aerolit_gurlz ^-^ |