View: 575|Reply: 0
|
Puas impian mengarah tercapai
[Copy link]
|
|
Puas impian mengarah tercapai
WOO Sung seronok mengarah dan berlakon. - FOTO Google
PELAKON, Jung Woo Sung melebarkan sayap dalam bidang produksi apabila kini bergelar pengarah.
Woo Sung yang berpengalaman selama puluhan tahun sebagai pelakon sudah menyimpan impian menjadi pengarah sejak kecil.
Mengarah dan berlakon untuk filem terbaharunya berjudul Guardian, dia akui bukan mudah terutama dari segi ketahanan badan, namun dia seronok.
"Kepenatan itu lebih dua atau tiga kali terasa berbanding sekadar berlakon saja. Tapi, kalau saya ingat-ingat semula, ia sangat menyeronokkan. Saya suka menikmati semua proses bermula dari praproduksi.
"Ini adalah impian yang saya tanam sejak usia muda. Kini akhirnya ia menjadi kenyataan dan saya tidak menafikan kepuasan yang dirasa benar-benar luar biasa," katanya.
Selain Guardian, Woo Sung juga sempat berkongsi mengenai pembabitannya dalam filem Hunt.
Lebih menarik, naskhah itu mendapat sentuhan rakan karibnya, Lee Jung Jae yang turut membintanginya.
"Hunt merungkai kepercayaan antara dua watak yang diletakkan dalam sistem kurang menyenangkan. Selepas menontonnya, ia akan membuatkan kamu berfikir mendalam mengenai pilihan dibuat dua watak berkenaan," katanya.
Hunt berkisar anggota perisikan yang membuat penyamaran bagi memburu perisik dari Korea Utara.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... n-mengarah-tercapai
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|