CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 478|Reply: 0

Kesihatan Justin Bieber makin pulih

[Copy link]
Post time 15-7-2022 12:38 PM | Show all posts |Read mode
Kesihatan Justin Bieber makin pulih


Baldwin memberi sokongan padu sama seperti Bieber menjaga isterinya ketika terkena ‘mini stroke’, Mac lalu. - Foto AGENSI

KUALA LUMPUR: Penyebaran beberapa keping foto dirakam paparazi yang memaparkan Justin Bieber, 28, sedang bercuti dengan isterinya, Hailey Baldwin, 25, di Coeur d'Alene, Idaho, Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini, menunjukkan penyanyi sensasi itu yang sebelum ini lumpuh separuh wajah akibat sindrom Ramsay Hunt, makin pulih.

Menerusi paparan foto viral itu, Bieber dan Baldwin dilihat menghabiskan detik menyeronokkan dalam bot persiaran pada percutian itu yang dipercayai disertai keluarga dan teman rapat mereka.

Agensi melaporkan, Bieber tampak sihat dan dipercayai sedang melalui proses pemulihan dan rawatan daripada sindrom Ramsay Hunt dengan baik.

Malah, penyanyi Despacito itu turut berkongsi beberapa foto di Instagram (IG) memaklumkan pengikut dirinya sedang bercuti bersama isteri.

Khabar gembira Bieber sedang melalui proses pemulihan disambut baik peminat yang mengharapkan penyanyi kesayangan mereka cepat sembuh.

Malah, peminat Bieber di Malaysia cukup mengharapkan penyanyi itu kembali sihat dan mengesahkan kehadiran pada konsert siri jelajahnya di Kuala Lumpur, Oktober ini.

Sebelum ini, berikutan sindrom Ramsay Hunt, Bieber membatalkan persembahan dalam siri jelajah Justice World Tour di Toronto, Washington dan New York.

Bulan lalu, Bieber mengumumkan dirinya mengalami lumpuh separuh wajah akibat sindrom Ramsay Hunt. Berita duka itu disampaikan Bieber menerusi video selama tiga minit yang dimuat naik di IG.

Menerusi video itu, Bieber mendedahkan keadaan mata tidak dapat berkelip dengan betul dan sukar tersenyum.


Bieber dan Baldwin menghabiskan percutian bersama keluarga dan teman rapat di Idaho, AS, baru-baru ini. - Foto AGENSI

Sementara itu, sumber yang rapat dengan pasangan suami isteri itu memberitahu majalah People, Baldwin memberi sokongan kuat kepada Bieber dalam melalui proses pemulihan.

"Baldwin memberi sokongan padu kepada Bieber sama seperti Bieber menjaga isterinya ketika terkena 'mini stroke', Mac lalu.

"Mereka memang tidak dapat dipisahkan," katanya, lapor agensi.

Bulan lalu, Bieber mengadu matanya tidak berkelip dan tersenyum dari sisi wajah.

"Lubang hidung juga tidak bergerak, jadi terdapat kelumpuhan penuh pada wajah saya.

"Saya mengalami sindrom Ramsay Hunt, ia berpunca daripada virus yang menyerang saraf di telinga dan muka," katanya.

Bieber memberitahu, dia juga akan berehat bagi memulihkan penyakitnya itu melalui terapi latihan agar wajahnya kembali normal.

"Ia agak serius seperti yang anda lihat. Saya harap ini tidak berlaku, tetapi saya perlu memperlahankan aktiviti seni," katanya.

Bieber dilaporkan berharap peminat faham dengan masalah kesihatan yang dialaminya itu.

"Saya harap anda faham. Saya akan menggunakan masa ini untuk berehat dan kembali kepada 100 peratus agar boleh melakukan apa yang sahaja sejak lahir.

"Kita tidak tahu mengambil masa berapa lama, tetapi ia akan baik-baik sahaja. Saya mempunyai harapan dan percaya kepada Tuhan.

"Saya yakin semua ini bersebab. Saya tidak pasti apa yang betul, tetapi saya akan berehat," katanya. - AGENSI

Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... -bieber-makin-pulih

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.036075 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list