CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 520|Reply: 1

[Negeri Sembilan] Kapal bawa 'rezeki' RM6 juta sebulan ke Port Dickson

[Copy link]
Post time 5-7-2022 04:49 PM | Show all posts |Read mode

Kapal persiaran Genting Dreams yang akan berlabuh di Port Dickson bermula 11 Julai depan bakal membawa lonjakan ekonomi khususnya Negeri Sembilan sebanyak RM6 juta sebulan. Ihsan Dr Mohamad Rafie

Port Dickson: Negeri Sembilan akan menjana pendapatan tambahan sebanyak RM6 juta sebulan sekiranya kapal persiaran Genting Dreams berlabuh di Port Dickson bermula 11 Julai depan.

Pengerusi Perbadanan NS (NS Corporation), Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, pihaknya menjangkakan pelancong akan berbelanja sebanyak RM750,000 di sekitar daerah ini setiap kali kapal itu singgah dan berlabuh.

"Di dalam sebuah kapal persiaran ini, kebiasaannya ia membawa seramai 5,000 orang iaitu 3,000 orang pelancong dan 2,000 orang anak kapal.


"Kehadiran pelancong-pelancong asing dan anak kapal ini akan memberi impak ekonomi yang besar kepada Port Dickson khasnya dan Negeri Sembilan amnya," katanya tadi.

Katanya, dianggarkan rakyat negeri ini akan mendapat limpahan tambahan rezeki sebanyak RM6 juta sebulan khususnya untuk peniaga, bas persiaran, pemandu teksi dan tempat-tempat pelancongan yang dikunjungi mereka.

"Mereka akan turun dan membeli-belah di samping melancong di lokasi yang menarik di Negeri Sembilan khususnya di Port Dickson yang banyak lokasi menarik.

"Untuk setiap perjalanan, kapal ini akan berlabuh dari jam 7 pagi hingga 4 petang dan mereka akan berjalan serta menghabiskan masa dalam tempoh itu di Port Dickson," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri.

Katanya, Resort World yang menjalankan operasi kapal persiaran itu sudah bersetuju untuk berhenti dan melabuhkan kapal mereka sebanyak dua kali seminggu iaitu setiap hari Isnin dan Khamis sehingga hujung tahun ini di perairan Port Dickson.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lan-ke-port-dickson
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2022 12:06 AM | Show all posts
n9 dpt 6 juta? owner kapal dpt berjuta juta juga.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.276285 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list